Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Kali ini nak bercerita pasal pekerjaan. Nak kongsi pengalaman kerja dalam agensi kerajaan. Nak taip pendek saja. Semua orang mesti pernah pertama kali bekerja dalam sesuatu bidang atau unit. Setelah sekian lama, jika pekerjaan itu mempunyai banyak bidang, contohnya macam Farmasi, anda mungkin akan ditukarkan ke unit lain setelah beberapa tahun.
Saya pula berpengalaman bekerja di Hospital Berpakar dan di Klinik Kesihatan dalam bahagian Farmasi.
Di hospital besar, unit farmasi ada sembilan iaitu pesakit luar (OPD), pesakit dalam (IPD), TDM, TPN, clinical, logistik, manufacturing. Lagi 2 unit tak ingat. Kalau OPD pulak ada 3 tempat ada pecahan lagi.
Biasanya ini fenomena biasa bila pertama kali masuk tempat baru :
1. Senior ajar semua benda sekali harung. Kalau nasib baik, senior ajar dulu pastu sekali lagi masa praktikal. Kalau senior pemalas, dia cuma ajar secara ringkas, pastu tunggu junior tanya baru jawab.
2. Bergantung kepada tempat, ada tempat sangat 'well-organized + documented'. Setakat ini, pengalaman saya di Hospital Berpakar sangat bagus berbanding di Klinik Kesihatan. Senang nak cari rujukan dan baca, bukan macam di KK.
3. Senior ajar satu kali, pastu bila kita silap buat atau tak ingat, terus kena bebel. Ni nasib juga sebenarnya. Ada ja senior bagus. Tapi ramai nya jenis suka bebel dan anggap semua orang macam span boleh serap dan muntah 100%.
4. Mulut senior suka membawang dan perhati segala benda junior buat, kalau pelik sikit daripada cara kebiasaan, atau apa2 sajalah yang boleh cari pasal, senior suka buat cerita dan nak buruk-burukkan orang tu. Jadi junior tu biasa akan buat saja kerja tanpa membantah walaupun tak puas hati.
5. Junior akan cuba ambil hati senior. Depan puji, belakang kutuk. Hati-hati. Ramai macam ni.
6. Peraturan semua patuh
Cuma bila dah lama kerja, lain pulak jadi. Dah jadi senior :
1. Mula berani mengular, tak ikut peraturan, buat sesuka hati.
2. Berani rebel.
3. Mula jadi "pendakwa raya + hakim" sebab dia saja yang pandai dan tahu. Orang lain semua salah.
4. Sikit-sikit komplen orang.
dan banyak lagilah. Servis kerajaan biasanya jadi masalah bila mana pekerja itu dah terlalu lama di sesuatu tempat. Ini mungkin antara faktor kenapa selalu ada dibuat rombakan kerja dan tempat. Cuma kalau ikut psikologi, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Jadi bila berlaku rombakan, barulah senior baru sedar diri, junior pulak gembira. haaaa
Satu cerita yang paling ingat. Ketua unit tu selalu bebel kata kenapa kamu tak boleh faham dan ingat. Sekali tu, ketua unit tu ditukarkan ke unit lain. Kita pulak dah lama kat satu unit lain tu. Memang terang bersuluh ketua unit tu pun sama 2 kali 5. Dah ajar banyak kali pun tak faham-faham. Jadi sebab tu jangan sombong sangat kalau dah jadi senior satu tempat. Jangan disangka langit cerah sepanjang hari. Mana tahu hujan ditengah hari. haaaaa
Kalau rasa stress kerja, ambil masa rehat. Cuti. Kurangkan fikir. Tulis "Gratitude Jurnal".
Saja nak cerita ini supaya semua orang berhati-hati janganlah jadi negatif.
Jadi kesimpulannya, jadilah manusia yang bersikap adil, bertimbang rasa, bantu membantu. Hidup kena tenang ya~
Jaane~ Zai jian~
Comments