Resepi Cucur Goreng Bilis Kucai Bawang Sedap Rangup

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali resepi saya nak berkongsi Resepi Cucur Goreng Daun Kucai Campur Bawang Campur Ikan Bilis. Rangup diluar, lembut di dalam. Tapi kena makan panas2 baru best. Kalau simpan dalam peti ais dan perangat, jadi tak berapa rangup dah. Yang best sangat resepi ni ialah boleh letakkan daun kucai yang banyak. Tapi masih sedap. Daun kucai buatkan cucur ini rangup krup krap.

BAHAN-BAHAN :

1. Tepung gandum - 2 cawan
2. Tepung beras - 3 sudu besar
3. Ikan bilis - 3 sudu besar, basuh & kisar
4. Bawang besar - 1 biji, potong kecil
5. Daun kucai - hiris nipis
6. Garam -  1- 2 sudu teh
7. Gula - 2 sudu besar
8. Minyak masak - 2 sudu besar
8. Air panas - secukup rasa
9. Air biasa
10. Minyak masak - untuk menggoreng

CARA-CARA

1. Campur dan gaul rata semua bahan 1-8. 
2. Masukkan air panas.
3. Tambah air sejuk jika adunan masih keras. Pastikan adunan tidak terlalu lembik supaya mudah dibentukkan bulat.
4. Panaskan minyak masak. Cucur mesti tenggelam. Bentukkan guna tangan baru dapat bulat2 cantik.
5. Guna api sederhana. Masak hingga keperangan. Angkat dan toskan.
6. Sedap dimakan bersama kuah kacang atau cili sos. Yummy~

Inilah hasilnya. Selamat mencuba. Amat senang sekali. Dalam masa 30minit boleh siap semua. 

Banyak menu baru yang terhasil sempena bulan ramadan kali ni. Sebabnya sekarang selera makan hanya mahukan yang 'homecook'. Hihi 

Itu sahaja. Jumpa lagi~ Jaane~ Zai jian~ 

Comments