Pasang Cermin Gelap Kereta Saga (Tinted) di UB Auto Mart

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi dan review tentang tinted kereta. 

Lokasi tinted : UB Auto Mart, Bukit Jambul, Penang

Harga : ~ RM790 satu set Kereta Saga

Masa pemasangan yang diambil (Cabut yang lama & pasang yang baru) : ~ 4 jam

Bilangan orang yang pasang : 1 orang saja.

Waranti : 4 tahun.

Jenis tinted filem : Ada nama 'shield' tapi dah lupa nama penuh. Ni jenis tak la branded kot. Sebab lagipun kat resit dia tak tulis jenama apa.

Cermin depan dan bahagian pemandu & sebelah pemandu : 50% visibile light (VL). Ni sebab kena ikut JPJ.

Cermin belakang : 20% VL. Teringin nak 0% VL tapi sebab % IR & UV dah tinggi, jadi 20% VL pun dah mencukupi.

Mereka ada alat pengukur peratusan visible light (VL), infra merah (IR), dan ultraviolet (UV).  Yang paling kualiti ialah % IR & UV yang tinggi baru dijamin tidak panas. Alat ni yang JPJ guna rasanya.

Lepas siap pasang, boleh nampak gelembung udara. Masa tu cuaca ada redup tak panas terik, jadi gelembung udara lambat hilang. Lepas dah seminggu, baru hilang semua gelembung udara.

Kedai ni tak nasihat tentang tak boleh cuci atau buka tingkap berapa lama lepas siap tinted. Jadi pastikan kena tanya kalau perlukan maklumat berkenaan.

Setakat yang digunakan selama 1 bulan ini, memang dapat rasakan perbezaan tinted baru dan tinted lama. Walaupun parking di bawah panas terik matahari, tetapi kereta tidak rasa terlalu panas.

Ni pulak gambar tukar lampu baru saga FL yang baru. Harga dalam RM440 sepasang, tak original katanya. Lampu lama dah kelabu asap sampai cahaya pun tak berapa terang. Lepas tukar lampu baru, cahaya pun jadi terang. 


Kesimpulan : Pekerja yang mesra dan penerangan yang bagus bila ditanya. Highly recommend to come here. Mereka ada jual banyak jenis aksesori kereta tapi pastikan datang awal sebab beratur boleh tahan sebab ramai sangat orang.

Itu saja untuk kali ini. Jaane~ Zai jian~ 

Comments