Pilihan Roda Troli Rak - Caster Wheel

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang roda atau biasanya dipanggil castor wheel.

Disebabkan beli rak besi Chromium 5 tingkat dan tiada roda, jadi saya cuba untuk DIY sendiri dengan cari roda kat Shoppee. Tapi susah betul nak jumpa saiz. Gambar bawah ni roda beli kat shopee diameter 10mm. Sama diameter tapi masih tak dapat masuk. 

SEBAB?
Rupanya saya baru tahu ada 'thread depth & size". Ada alat untuk ukur. Saiz ini adalah 16G 3/8 inci. 

Ok, bermulalah pencarian kedai roda. Bagi sapa yang tinggal di Penang, boleh pergi kedai sini. Kecik tapi bagus pekerjanya. Nak roda jenis apa, mereka boleh nasihat. 

Ini rupa kedai SHENG TENG CASTOR WHEEL. Mereka DIY kat situ juga.

Haa.. Ni dia beza 2 jenis roda. Roda ditengah untuk light duty saja. Kalau heavy duty, kena ada "bearing". Baru boleh tahan. Material tayar pun jenis nylon. Ada juga jenis getah. Harga bergantung ada break atau tiada. Yang ada break dalam RM9 tak silap.
Ini la dia rupa rak Chromium yang di DIY. Brand OKURA Homeliving tak silap. Beli kat AEON. Harga dalam RM300+.  

Itu sahaja kali ini. Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~

Comments