Barang Keperluan, Kos, dan Pengalaman Bersalin Anak Sulung

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman bersalin buat ibu yang kali pertama. Saya juga akan cerita tentang kelengkapan dan barangan yang diperlukan. Harap ini dapat membantu ibu-ibu yang pertama kali akan bersalin.

INI CATATAN UNTUK SIMPANAN  BAGI PENGALAMAN BERSALIN ANAK PERTAMA 

"baby keluar 3.045kg 50cm panjang.
sakit mcm nk mai period 4am
turun air 7am. pstu turun byk sgt smpai lencun.
sakit contraction 2.10pm stiap 10min.
sakit tiap2 minit smpai bsalin kul 3pagi 14.july.
bukaan 6cm jam 11pm.
depa bg drip pitocin dkt pukul 3am.
baby mnum formula milk sebab ibu suhu tinggi."

ANGGARAN KOS BERSALIN ANAK SULUNG
 1. Bersalin LWE 3HARI 2MALAM : RM3,800

2. Paediatric kos : RM1,000

3. Kettle tefal : RM189
(Guna cerek elektrik sebab tak ada water heater dalam bilik mandi. Bil elektrik naik la juga)

4. Makanan pantang RM15/meal x 20 hari x 4 meal : RM300+RM210+RM600=RM1,100
(Menu dia banyak sayur air, tak ada goreng2. Makanan seimbang. Best)

5. Urut 3 hari : RM330
(Kalau dia kacau rahim, darah akan turun banyak. Masa nak urut ni, pastikan ada stok susu supaya orang lain boleh tolong bagi susu kat bayi. Sebab mengurut ni kadang 2jam. Bayi mesti lapar punyalah. Bagi guna cup tau sebab bayi bawah 30hari lagi. takut nipple confuse.)

6. Baju & seluar dalam maternity : RM600
(Ni kalau memang dah ada saiz besar, tak payah beli dah. Sebab kalau seluar dalam saiz kecik, nanti jadi sakit belakang tau)

7. Cadar putih &selimut: RM200
(Ni saja baru beli)

8. Rompers baby 6 helai : RM95

9. Barang bayi : RM400

10. Ubat berak & obimin : RM50

11. Baju menyusu Summerglitz: RM404

12. Tilam & bantal & sarung baby shark : RM276+ RM60 : RM336

13. Box bayi : RM30

14. Aqiqah 2 ekor kambing : RM2,700

15. Daftar haji Anak : RM1,300

16. Baju blous menyusu Summerglitz : RM210

17. Philip Avent Milk Warmer SCF358/00 : RM239

18. Philip Avent Steam Sterilization and Dryer : RM405

19. Lava Cooler Box 10L : RM55

20. Portable LED Wireless Lamp : RM39

21. Breast pump Youha Ava Gen 2 (Double) : RM759

22. Nursing pillow : RM50

23. Chest Deep Freezer Acson : RM776

Barang keperluan bayi perlu disediakan bila kandungan sudah mencapai 7 bulan. Ini yang saya buatlah. Sebab masa ni perut tidaklah terlalu besar, masih larat untuk berjalan tanpa kerap rasa membuang air kecil.

Antara senarai yang perlu beli awal:

1. Pampers Newborn (Drypers Wee Wee Dry) x 2 pack

2. Sabun mandi, shampoo
3. Baju newborn x 4 pasang (beli beberapa pasang saja sebab nanti bayi akan cepat membesar)
4. Baju bayi yang bukan newborn  x 20 pasang. Beli jenis rompers mudah untuk tukar pampers dan pakaikan baju. Kat Shopee ada banyak jual dan banyak jenis. Tengok kualiti kain yang tak terlalu tebal supaya bayi tak panas sebab nanti akan dibedung pulak.

5. Kain lampin - 12 helai. Untuk bedung dan lapik dan lap lidah bayi.
6. Sarung tangan dan kaki. 12 pasang. Sebab nanti senang untuke kerap tukar. Booties lebih sikit dan mitten tak perlu banyak sebab booties akan pakai lama. Mitten akan pakai sampai 1 bulan saja atau bila tidur sebab nak elak bayi cakar muka masa mengeliat. hihi

7. Tuala mandi x 5 helai.
Banyak sebab nanti terkena najis ke, atau tak sempat basuh kering lagi ke..

8. Tuala sapu tangan kecil x 12 helai. 
Sebab nak guna letak masa menyusu dan lapik kepala masa tidur atas bantal sebab kadang- kadang baby selalu jeluak dan berpeluh-peluh. Elok tukar hari2 supaya bersih. Beli brand Fiffy yang 50%cotton 50% bamboo. Mahal sikit tapi lembut untuk guna dimuka bayi.

9. Sabun basuh botol susu jenama Fiffy. 
Elok beli sebab mudah nak basuh pakaian yang terkena susu. Baru bau hilang. Dijamin hilang tau kalau guna sabun ni. 

10. Bath tub mandi

11. Minyak telon × 3 biji. Satu untuk rumah, satu untuk kegunaan bila berjalan2, dan satu lagi untuk taska. Minyak ni sebab nak bagi bayi rasa selesa panas dan bila selesa, bayi akan mudah buang angin dan buang air besar. 

12. Lapik Underpad. Kegunaan nanti masa lepas bersalin dan masa tukar pampers bayi. Beli kat shopee murah banyak dan banyak saiz. Ni gambar ni beli di farmasi. Ada satu saiz saja. tapi kualiti bagus untuk serap air dan pakai berulang kali. Boleh bawa underpad ni masa pergi check up bayi di klinik kesihatan tau. Sebab lapik ni di KK kadang kotor nampak tompok2 air kencing dan ada semut api juga!. 

13. Silikon breast milk collector. Penadah susu. Penting sebab nak elakkan baju kita basah menitik dengan air susu. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi tadah tau. Boleh simpan dalam peti ais untuk backup sekiranya ada perkara emergency berlaku. Sangat mudah guna ini, sebab dia pakai konsep vacuum melekat terus tanpa perlu pegang. 
Ni ha contoh dapat susu.
14. Bantal Fiffy

15.  Tilam / Alas tidur. Untuk bawa ke taska dan dirumah. 2 set. Bantal kecil 5 biji jenis kekabu. Senang guna untuk lapik semasa menyusu. Beli kat Shopee. Kedai dia di Terengganu. 
16. Cotton bud. Putik kapas bayi. Untuk cuci telinga. Bukan kat dalam. Tapi cuping telinga.
17. Bekas plastik simpan susu.  RM8.60 je untuk 25pcs kalau kat Shopee. Beli kat kedai mahal.

Ni sepeket tu dapat 150ml. 

18. Car seat dalam kenderaan. 
19. Beg bayi. Di bawa kemana-mana sekiranya tiba2 turun tanda bersalin.
20. Ravin enema. Pakai lepas bersalin kalau ada sembelit. Jadi tak perlu teran langsung najis mudah keluar. 80sen je satu. Pakai je sampai habis pantang. Eloknya selang sehari. Beli terus 20 pcs. Pakai tu, dalam 3minit akan membuang. Memang puas. 
21. Cotton ball. Beli banyak2 sebab nak guna cuci muka dan najis. Mudahkan kerja banyak. Guna masa mandi pun sesuai mudah cuci daki.
22. Nursing pillow. Untuk jaga tangan supaya tidak sakit semasa menyusu. Bayi pun postur badan selari elok terjaga. Kalau tertidur pun tak risau jatuh atau senget. Sarung dia ni boleh cabut basuh.
23. Botol susu simpan susu perahan. Beli kat Shopee murah. RM50 untuk 6 biji. Sesuai dengan puting Philip Avent.
Bawah ni pilihan. Kalau ada, akan mudahkan kerja.

24. Lava Cooler Box 10L Mudah nak bawa susu perahan. Boleh muat 6 botol susu. Ice pack tu 2 pcs dan kena tambah lagi ice gel pack supaya suhu boleh tahan 9 jam. Cadangan ni nak bawa ke taska supaya orang taska tak perlu pindah2 susu masuk peti ais mereka. Tak la tertukar botol 
25. Bekas simpan /jemur botol bayi
26. Deep Freezer Acson 100L. Boleh simpan susu perahan yang akan tahan sampai 6 bulan. Suhu kena set negatif 19 degree celcius tau 
27. Breast Pump Youha Ava Gen 2 Handsfree. Beli 2 set tau sebab senang nak pam kalau ibu bekerja nanti. Kalau tak bekerja, beli 1 set pun ok dah. Sebab sebelah lagi boleh guna milk collector ja.
 Ni contoh perahan susu yang dapat. Kadang 5minit pun dah penuh 1 cup 150ml ni. Senang pakai dalam baju dalam saja dan boleh buat kerja. Cuma jangan pam ni terlalu awal. Pam lepas habis pantang oklah. Kalau sebelum, nanti risau jadi oversupply. Sakit tau bila breast bengkak sebab oversupply. Nanti menitik2. Mesin ni akan auto off lepas 30minit.
28. Milk Warmer Philip Avent. Sangat mudahkan kerja untuk panaskan susu. Tapi kena cek setiap kali lepas panas sebab pernah susu sampai 46 degree celcius. Kena pandai setting dan adjust air. Lepas panaskan susu, kena bau khuatir bau masam. Kadang sebelum panas tak bau masam, lepas panaskan, bau masam susu. 3 minit saja masa diambil. Mesin ni boleh defrost susu juga tau. Atau nak panaskan makanan bayi. 
Kena descale juga setiap 4 minggu. Boleh guna citric acid. beli kat Shopee.
29. Lampu tidur wireless. Senang guna waktu malam masa nak tukar pampers supaya bayi tak mudah terjaga. Beli kat Shopee je.
30. Philip Avent Sterilizer dan Dryer. Jimat masa. Satu masa boleh steril 6 botol susu. Jumlah masa 40minit. Kena tunggu 10min untuk semua barang dalam tu sejuk.
31. Breast pad. Lebih elok daripada kain sebab tak basah. Brand ni gam dia tak kuat. Asyik tercabut dan breast jadi kering. Brand anakku tebal dan selesa. 

32. Kipas meja kecil Acson.
Sebab kadang bayi tak boleh tahan kipas kuat. Tak larat guna kipas tangan, jadi pakai kipas ni mudah. Kena cas guna USB Type C cable. Ringan senang nak bawa kemana2.
33. Baby Visual Stimulus Card. Beli kat Shopee.
34. Medela Feeding Cup untuk bayi bawah 30hari.

35. Ni ha senarai barang siap untuk husband tolong semak dan bawakan kena sediakan siap2 sebelum bersalin risau nanti dan turun tanda, jadi kalut. Kalau bersalin di Lam Wah Ee, tak perlu risau pakaian bayi sebab mereka sediakan. Cuma bawa pakaian untuk dipakai bila nak balik rumah. 

36. Maternity Loop Pad Intimate

Sedap pakai jenis ni sebab mudah tukar setiap kali lepas masuk toilet. Selesa. Jadi kena beli borong banyak sikit. Darah nifas tak sama macam period. Darah nifas sikit dan pad elok tukar banyak kali (kerap) sebab kena pastikan tempat jahitan kering dan bersih selalu baru cepat sembuh. Kalau pakai jenis pad biasa tu, rasa kasar.
37. Disposable Maternity Panties.
Beli guna yang ni je kalau kat hospital. Senang nak cabut boleh koyak je. Pakai buang dijamin kebersihan dan tak perlu risau nak basuh sebab badan pun tak larat kan.

38. Hanger pakaian kecil & Penyidai. Mudah nak jemur. Beli jenama Elianware.

Ni hanger beli kat Aeon.

39. Ubat cuci luka jahitan. Pakai sampai habis. Hospital LWE bagi 4 botol Hibitane (Chlorhexidine) wash.  Pakai 2x sehari eloknya tapi saya guna 1x sehari je sebab tak sempat. Boleh minta suami tolong cucikan. Pastikan bahagian kemaluan dicuci bersih tau. Risau kalau ada jangkitan, akan jadi gatal sangat dan takut terlambat. Guna cotton ball. Cuci lepas pergi tandas. Warna cecair ni pink cair.
Kalau hospital tak bagi, boleh beli sendiri di kedai farmasi. Hospital kerajaan rasanya bagi iodine.
40. Ubat -ubatan untuk membantu cepat sembuh : Obimin, Vitamin C, dan Calcium untuk tambahkan susu. Jenama apa pun tak apa. 
41. Lampu Infrared Philip. Ni saya tak beli tapi Hospital lam Wah ee pasang dan pancar di bahagian kemaluan lepas basuh cuci dengan hibitane. Panas. Ini untuk bagi kering dan lancarkan pengaliran darah supaya cepat sembuh. Jadi selesa sangat bila panas dibahagian bawah dengan bilik yang sejuk beraircond tu. hehe

42. Kelambu.
Kalau kata rumah ada nyamuk, eloklah beli satu. Senang tak risau kena gigit.

Ok itu saja. Nanti kalau rajin, saya akan update lebih detail.

Comments