Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Kali ini saya ingin berkongsi tentang cara pemilihan taska. Ini adalah pengalaman dan pendapat peribadi saya sebagai ibu kepada anak lelaki yang pertama.
KRITERIA PEMILIHAN TASKA
1. TEMPAT taska yang dipilih itu mestilah yang ibu bapa rasa tenang dan percaya bila tinggalkan anak. Elok survey dulu dan tengok keadaan dalam dalam taska. Tengok tandas, ada air panas dalam tandas atau tidak, pemanas susu bayi, kebersihan, berhawa dingin, TV?. Biasanya mereka benarkan kita tengok suasana di Taska dahulu.
2. CIKGU yang pandai urus susu perahan ibu (Expressed Breast Milk - EBM). Tidak semua cikgu pandai urus walaupun sudah bertahun-tahun kerja menjaga bayi. Ini berdasarkan pengalaman saya sendirilah. Mengurus susu EBM ini agak mencabar sebenarnya tapi penting untuk imuniti dan kesihatan bayi.
3. Taska BERDAFTAR DENGAN JKM. Boleh cek di laman web JKM. Tapi kalau Taska itu banyak cawangan, susah juga nak cari nama syarikat di JKM. Kena tahu nama syarikat yang didaftarkan di JKM.
4. Ada LOGBOOK. Ini paling best. Sebab boleh tahu rutin harian bayi tanpa perlu kerap bertanya. Taska yang biasa2 selalunya tiada logbook harian. Kalau ditambah cikgu yang tak berapa mesra bila ditanya sepatah, jawab sepatah, memang sangat tak bestlah taska tu.
5. WAKTU OPERASI. Ini bergantung kepada jadual bekerja ibu bapa. Paling awal terima 7.00 pagi hingga paling lewat 6.00 petang. Jika awal atau lewat daripada itu, biasanya dikenakan cas.
6. BILANGAN PELAJAR. Lagi ramai pelajar, lagi tinggi risiko terkena jangkitan penyakit macam demam selsema batuk. Biasanya kalau baru pertama kali hantar anak, minggu atau bulan pertama mesti akan alami demam batuk selsema. Sebabnya bayi baru nak bina antibodi.
7. HARGA. Bayi yang tidak pandai berjalan biasanya lebih mahal berbanding sudah pandai berjalan. Jika sudah pandai berjalan, mereka akan dimasukkan ke "playschool". Harga yang saya pernah jumpa untuk FULL DAY : RM550 - RM1500 sebulan. Harga taska yang diuruskan oleh bangsa cina biasanya bermula satu ribu keatas.
8. SIKAP PENYELIA/PENGURUS/CIKGU TASKA. Ada penyelia jenis buat ikut kepala mereka sendiri. Walau macam mana pun ibu bapa beritahu, mereka akan buat cara mereka untuk urus bayi kita. Nota yang ditulis pun tidak diendahkan. Sabar jelah yang ni. Kalau anda jenis tak kisah, tak mengapa.
Bawah ni nak kongsi pengalaman hantar anak ke taska. Isu isu berbangkit.
1. CIKGU TAK PANDAI PAKAIKAN PAMPERS.
Bila pasang pampers, kena buka sayap tepi tau. Kalau tak, mudah bocor bila bayi kencing atau berak. Dulu saya pun tak pandai. Asyik bocor bila bayi mengiring. Rupanya kena buka sayap tepi. hihi Ni ha gambar contoh.
2. TANYA PASAL KEKERAPAN & KUANTITI MINUMAN SUSU DAN TIDUR. Ok ke dia minum, berapa lama boleh habiskan susu, berapa kerap bagi susu, boleh tidur tak, berapa kerap dan berapa lama tidur. Ini penting sebab boleh menjejaskan kesihatan bayi. Bayi perlu rehat yang cukup.
3. MANDI. Kalau saya, saya tak benarkan mereka mandikan bayi saya kerana kami akan mandikan sebelum dan selepas ke taska. Saya nak jaga aurat bayi dan tak mahu dedahkan sejuk dan nak jaga kebersihan bayi sendiri. Cuma mereka perlu tukarkan baju jika kotor. Lagipun kebersihatan penting untuk jaga kesihatan.
4. NOTA UNTUK CIKGU BAGI BAYI. Boleh tulis tapi tak pasti cikgu akan baca atau ikut tak.
5. PENGURUSAN SUSU EBM. Saya bekalkan 3oz (90ml) sebanyak 4-5botol sehari. Ini adalah anggaran bayi minum setiap 2 jam. Saya bekalkan susu dalam cooler box LAVA 10L dengan mengisi 6 icepack.
6. KESIHATAN. Setakat pengalaman saya selama 2 bulan, bayi saya kerap demam batuk selsema. Kena cek suhu bila ambil anak daripada taska. Hari tu sampai suhu 40 dan bayi kurang aktif dah masa tu. Untuk makluman, bilik bayi biasanya berhawa dingin. Bila bayi tidak sihat lebih daripada 38.5 degree celcius, cepat2 bagi panadol, pakai cool fever, mandikan, serta pakai baju lubang-lubang. Kerapkan basah kepala, badan, kaki, tangan supaya suhu tidak lebih 38.5.
Jangkitan yang biasa kena di Taska : Influenza, Chicken pox, HFMD.
, Viral infection - demam batuk selsema.
7. PENGGUNAAN WET WIPES UNTUK CUCI NAJIS.
Ada taska cuma guna wet wipes. Ada taska basuh guna air. Yang bagusnya guna airlah sebab macam bayi saya, kulit sensitif dan akan jadi ruam.
Taska yang saya/kawan pernah hantar sekitar Pulau Pinang ialah Taska Al Kauthar, Taska Iman Ehsan, Taska Nur Permata. Tak berapa nak recommend sebab kanak-kanak situ kerapa sakit sampai warded. Orang Melayu punya budaya tak boleh nak bagitau review tak ok pasal taska melayu. Nanti dikataka nak menjatuhkan bisnes orang melayu.
Taska yang saya tahu review bagus ialah Taska RealKidz, Taska Little Bebe Childcare. Tapi harga boleh tahan lah. Tak semua taska terima bayi bawah 12 bulan tau.
Ok itu saja catitan kali ini. Jumpa lagi. Jaane. Zai jian.
Comments