Itineri Percutian Keluarga ke Langkawi 3 Hari 2 malam

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa

Berikut adalah itineri percutian 3 hari 2 malam di Langkawi. Adik yang rangka. Kita semua ikut sahaja.

Ni jadual. Santai saja. 
Ni peta.
Ni harga. Jadi satu keluarga anggaran habis:

Tempat tinggal : RM560.26 (Queen room with balcony)
Di Villa Padi. Makanan sedap. Sarapan disediakan. Bilik bersih. Ada kolam mandi. Best. Malam2 sunyi. 
Yang tak best tu sebab kipas dan aircond hala ke muka. 
Ada air panas. Peti sejuk.

Flight 2 adult + 1 infant 
Pergi: RM78.40 x2
Balik: RM 58.40 x2
Add on infant RM53 x2
Add on baggage 20kg : RM 40 x 2.
TOTAL: RM459.6000

Coklat : RM100 untuk oleole.
Makanan petang & tengahari : RM100
Kedai makanan semua best dan sedap dan tak mahal sangat. Sangat direkemen. Cepat pulak tu. 

Sewa Vellfire : RM125/kepala = RM250. Sebuah kereta RM700. Minyak kena topup macam masa terima.

Underwater world & cable car park masuk RM43 / adult.
RM43 x 2 x 2 = RM172

Wildlife park RM 30 X 2 = Rm60



Coklat boleh beli di Coco Valley yang terletak disebelah Underwaterworld. Murah. 

Itineri ni agak kalut jugalah. Sebab macam terkejar masa.

Ni bawah gambar.

Di Pantai Chenang.
Pintu masuk Skycab.
Resit beli coklat di Coco Valley
Bagi makan burung.
Ramai weh...
Skycab. Menakutkan rasa. tak mau ulang dah lepas ni.
tinggi weh. memang gayat. lama pulak tu nak sampai.
Boleh pegang aligator. Rasa geli.
Pegang racoon tengah tidur. Bulu dia kasar.

Ok itu saja untuk kali ini. Jaane.








Comments