Barang Keperluan Untuk Anak di Taska

Assalamualaikum Ni hak Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi senarai barang keperluan yang perlu dibawa ke taska khusus untuk bayi 3 bulan dan keatas. Keperluan ini berbeza mengikut Taska. 

Ini adalah senarai yang saya bawa dan tulis nota untuk Taska anak. Bayaran RM500 sebulan. Yuran tahunan tak ingat. Nanti akan kemaskini.

BARANG- BARANG DIBAWA: 

1. Susu dalam box Lava x 1 kotak

Nota:
• Hati2 botol kaca boleh pecah.
• Anggaran minum setiap 1-2jam bergantung kepada masa tidur.
• Puting susu x 1 biji
• Pemanas susu Samu Giken RM60 (beli di Shopee. Boleh panaskan 2 botol sekali gus. Agak cepat dalam masa 5minit boleh panas ke suhu 36 degree celcius)


2. Baju persalinan x 4 pasang
3. Tuala mandi x 1 helai
4. Sapu tangan kecik lap susu x 1 helai
5. Plastik baju kotor / basah x 1 keping
6. Pampers Drypers x 10 pcs
7. Sabun mandi x 1 botol
8. Minyak telon x 1 botol
9. Tilam PVC & Alas tilam warna putih x 1 helai
10.Bedung x 1 helai
11.Sarung kaki x 1 pasang

12. Nota :

a. Tak perlu mandikan anak.
Dia akan mandi dirumah sebelum ke Taska & selepas balik dari Taska.
b. Mohon jasa baik cikgu untuk lap kesan susu dimuka setiap kali selepas
menyusu kerana anak mudah naik ruam susu di muka.
c. Hidung anak sedikit sensitif terhadap cuaca sejuk atau kipas yang kuat.

13.Pengurusan Susu EBM (Expressed Breast Milk) :

a. Susu yang telah dipanaskan dan/atau bercampur air liur hanya boleh bertahan 1
tahan jam sahaja.
b. Suhu yang dikeluarkan daripada chiller hanya boleh bertahan maksima 2 jam di
suhu bilik.
c. Periksa bau, rasa, dan suhu susu sebelum diberikan kepada bayi selepas
dipanaskan.
d. Tidak diberikan botol susu dalam keadaan bayi berbaring kerana berisiko tinggi
tersedak susu. Kepala perlu lebih tinggi daripada perut.
e. Suhu maksima untuk memanaskan susu EBM adalah 40 degree celcius kerana jika
lebih, nutrisi susu akan rosak.

Itu sahaja untuk kali ini. Semoga membantu ibu yang baru pertama kali akan menghantar anak ke Taska.

Comments

Car air fresheners neutralize odors in vehicles with pleasant scents.