Pengalaman Berpantang Sendiri Anak Sulung

Asslamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman berpantang tanpa bantuan sesiapa kecuali suami. Saya berpantang begini dan saya yakin anda juga boleh buat begini. Yang penting, kena rancang awal dan perlu ada sedikit wang.

BENDA PALING PENTING : 
SUAMI SUDI & SANGGUP BELAJAR & TOLONG & KORBANKAN MASA REHAT dia. 

SEBELUM BERSALIN

- Sediakan semua keperluan bayi bagi lengkap. Baju, pampers newborn 3 pack x 60 pcs (Drypers Wee Wee Dry), Wet wipes, Kapas cuci muka, Bedung, Maternity pad, dll. Boleh rujuk posting saya yang lain. Cuma nak highlight kat sini, penting ada MILK COLLECTOR & bekas simpan susu perahan ibu & sterilizer & Medela Cup feeder for newborn. Ni penting supaya pasangan boleh bantu bagi susu kat bayi kalau kita tengah mandi/ makan/ mengurut/ tidur.

- Tempah (Booking) tarikh untuk mengurut semasa pantang 10 hari selepas bersalin. Jangan urut awal sangat sebab nanti 10 hari pertama sibuk dengan jururawat datang rumah. Biasanya 3 hari berturut-turut sahaja.  Benda yang saya paling tak suka sebab dia tekan perut (dia kata rahim) kuat2 sampai sakit. 3 hari tu tekan. Darah akan keluar banyak lepas habis dia buat tu.

- Makanan semasa pantang 44 hari. Boleh tempah atau nak masak sendiri. Kalau saya, order kat Kak Zurie MamaHomedelight. Satu hidangan lengkap nasi+lauk+sayur+buah : RM15. Saya ambil makan tengahari & malam jadi sehari RM30.

- Lampu portable wireless kuning. INI PENTING. Sebab nanti kita susah nak bangun duduk tutup lampu. Bila dah malam, penting bagi suasana gelap supaya nak latih bagi bayi tahu malam atau siang. Wireless tu penting sebab takkan asyik nak minta tolong suami buka tutup lampu. Kadang-kadang bila terjaga tengah malam, bila nak bagi susu / tukar pampers tanpa ganggu suami, guna lah lampu tu.

- Kit nappy SudoCrem, Minyak Telon, Vaseline. Ni penting kena ada tau. Lepas bayi 3 bulan, boleh guna Vicks Baby Balsam untuk urut.

SEMASA PANTANG 

- MANDI : 2 kali sehari. Suami tolong mandikan bayi. Saya tolong pakaikan baju. Ibu dan bayi dua2 kena guna air suam. Penting sebab baru cuci dan berasa sungguh lega lepas mandi. Cuci betul2 bahagian muka dan semua pelipat. Kalau tak, nanti berbau.

- Bila malam, suasana kena bagi malap, sunyi. Bila siang, bagi cerah, bising tak pa.

- Tidak terima tetamu terutama 14 hari pertama sebab sedang dalam fasa penyembuhan. Penting untuk dapatkan rehat yang cukup.

- Makanan kena jaga waktu makan. Makanan berkhasiat. Bila lapar, cari buah-buahan untuk snacking.

- Bagi bayi minum sekerap setiap 1jam. Penting untuk minum susu kerap supaya dia kerap buang air dan turunkan kuning. Saya praktis ini dan alhamdulillah bayi tiada kuning. Cek sekali saja kuning untuk pertama kali dan ianya normal.

- Bila BAYI MENANGIS, periksa tiga perkara :

1. Pampers - kencing / berak. kadang2 air kencing sahaja pun buatkan dia menangis. Jadi kena tukar. Angkat sikit sakit bayi yang tinggi, bayi mudah berak.

2. Lapar - Bagi dia minum. Susu ibu cepat hadam. 

3. Angin - Kena urut perut dia guna minyak telon. Buat pusingan kaki dia macam kayuh basikal. Nanti dia akan tertidur sendiri maksudnya dah lega.

- JANGAN TUNGGU BAYI MENANGIS baru layan. Teliti bahasa badan (cues) bayi. Nanti rosak emosi bayi.

- Tak perlu ada buaian. Bayi boleh tidur sendiri. Bila dia terlena, pastikan letak kat bawah. Nak bagi dia biasa tidur sendiri sebab nanti nak hantar kat taska kan. Cek semak ada nyamuk tak. Saya biasanya tutup dengan kelambu bayi. Risau digigit nyamuk.

- BEDUNG masa tidur. Pakai masa dia dah terlena. Masa terjaga, tak perlu pakai bedung.

- Ibu fokus rehat dan anak sahaja. Tak perlu fikir tentang kemas rumah. Kemas lepas 44 hari pantang. Jaga minda dan emosi. Sebab masa ni memang sangat tak stabil sebab badan sangat letih.

- Susu bengkak. Ini perkara biasa. Jangan guna pam. Nanti akan lagi bengkak teruk. Sebab dia konsep demand & supply. Kalau bengkak, marmet saja. Pakai hot & cold pack. Pakai cold pack dulu baru hot pack. Sambil tu urut. Insyallah lega.

- Barut yang orang pakai kat perut bayi tu tak perlu pun.

- Cuci guna air lap guna jari tangan setiap kali lepas menyusu. Ni penting sebab biasanya susu habis comot kena muka bayi. Senang jadi merah2 nanti naik ruam susu. Cuci semua satu muka. Jangan tunggu melarat nanti susah sembuh. Jangan guna kapas sebab kasar.

- PENTING JAGA BAYI elakkan jumpa ramai orang sebab bayi bawah 3 bulan ni, kalau jatuh sakit, memang sangat susahlah jaga. Penat.

- JANGAN MAKAN UBAT BAGI CIRIT. Ini saya kena. Orang mengurut bagi ubat untuk cirit cap tiga kaki tu. 2 hari cirit. Memulas perut. Sudahlah pesan jangan minum air. Penat. Fuh.. Menyesal masa tu ikut. Sampai jadi lembik tau. Bila keluar rumah, terus jadi flat. 

- Pakai Ravin Enema untuk bantu buang air besar.  Sebab tak mau teran kuat2. Saya pakai setiap selang sehari. Memang lega. Alhamdulillah. Pakai sampai 44 hari pantang saja. 

- Cuci luka tempat bersalin normal guna chlorhexidine wash yang hospital wah ee bagi. 2 kali sehari kalau boleh. Cuci lepas mandi

- Tukar pad setiap kali lepas kencing. Penting bagi kering supaya luka cepat sembuh. Masa cuci masa kencing tu, gosok perlahan2 semua bahagian supaya cuci. Kalau tak, nanti berbau dan gatal. 

Parents saya tak larat nak jaga bayi. Jadi kami berdua pantang buat sendirilah. Alhamdulillah dapatlah pengalaman sendiri. Pengalaman ni mahal.

Ok itu sahaja kali ini. Nanti kalau rajin, saya akan upload gambar bagi senang kawan2 nak tengok dan rujuk.

Jumpa lagi. Jaane~ Zai jian~

Comments

Bath Toys said…
Puzzle allure lies in the journey, involving immersion, victory, and accomplishment, making effort and perseverance worthwhile.