Rawatan Penjagaan Selsema Batuk Bersin Sakit Tekak bagi Bayi dan Dewasa

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Nak taip ringkas saja untuk catatan. Ini semua adalah pengalaman sendiri. RnD sendiri untuk diri sendiri dan menjadi.

Biasanya mesti ramai alami batuk selsema sakit tekak bersin kan? Ada tu kerap jadi hampir setiap bulan. Jadi apa perlu buat?

Saya akan senaraikan pencegahan dan apa untuk makan bagi membantu menguatkan imun badan.

PENCEGAHAN PENTING
1. Elakkan (Dilarang) sama sekali daripada menyentuh hidung /korek hidung dengan tangan kotor. Dengan kata lain, hanya korek/sentuh dalam hidung selepas sabun tangan bersih2. Disarankan semasa mandi lepas sabun badan. Langkah ini PENTING mengelakkan daripada selsema.

2. Kerap basuh tangan bagi cuci setiap masa.

MENGUATKAN IMUN BADAN & LANGKAH PENTING

 1. Air carrot (Lobak merah)
- Kisar dan minum sebatang setiap hari sampai sembuh.

2. Jambu batu.
- Makan sebiji setiap hari sampai sembuh.

3. Air apple cider (Cuka epal)
- 2 sudu besar + setengah cawan air suam
- Gargle di tekak dan telan.
- Boleh buat 2 kali sehari.
- Pastikan perut tidak kosong selepas minum sebab nak elakkan jadi gastritis.
- Mujarab untuk mereka yang mula rasa atau sedang sakit tekak.

4. Mouthwash (Pencuci mulut)
- Gargle lepas berus gigi.
- Untuk mereka yang sakit tekak.

5. Air kosong suam banyak.
- Minum kerap

6. Rehat cukup
- Badan yang sedang sakit perlukan rehat cukup untuk membantu untuk pulih.

7. Guna spray STERIMAR BABY
- Ni penting sangat kalau ada anak kecil yang ada samada selsema batuk bersin sakit tekak.
- Spray beli jenis Baby punya sebab semburan lembut.
- Kena spray 2 puff 3 kali sehari bila teruk atau 1puff 1 kali sehari kalau tak teruk. Eloknya sebelum tidur malam, tengahari, dan selepas bangun tidur. 
- Bayi biasanya memang akan rasa lega lepas kita spray.
- Wajib ada dan dibawa kemana2 dalam beg bayi.
- Harga RM23 sebotol beli kat Georgetown farmasi. Kalau tempat lain rasa lagi mahal.
- Cara spray boleh picit pipi sikit dan pastikan muka dia bergerak kuat sangat. Letakkan sapu tangan supaya dia tak tertelan air hingus yang keluar. Air tu masin tau. Kesian bayi kalau tertelan.
- Penting spray kalau nak memendekkan tempoh bayi selsema batuk sakit tekak. Sebab bayi tak pandai hembus keluar hingus.
- Orang dewasa pun ada juga spray.
- Kalau pengalaman sendiri, bila anak selsema batuk, akan guna 1-2 botol baru lega.

8. Makan COD LIVER OIL 
- Ada vitamin A & D. 
- Boleh makan 2 biji 3 kali sehari.

Ok itu sahaja kali ini.  Nanti saya akan kongsikan info lain pasal bayi. Gambar nanti menyusul kemudian jika ingat. hihi

Jaane~ Zai jian~ 

Comments

Completing puzzles can provide a sense of accomplishment and boost self-esteem, especially when solving more complex or challenging puzzles.