Pengalaman Haji Tahun Selepas Covid

https://siraplimau.com/checklist-barang-keperluan-haji/

buka, print. hantar dekat tabung haji. lepas tu dpt buku rekod kesihatan haji. buat medical checkup, gambar visa, etc.

lepas dah selesai, sebelum submit, pastikan cukup baki. bila dah submit, dia akan block amount terus.

bawak 2 beg, walaupun muat letak semua barang dalam satu beg. 

beg yg kosong, blh letak roti yg tahan sebulan. 7 days. harga kat sana akan jadi 📈. kalau nak beli belah, boleh isi beg yg kosong (yg diisi roti tadi). beg yg lama, kena think twice. takut zip rosak <-- beg jul hari tu.

tapi bawak makanan yg betul2 makan saja. rumet yah bawak byk sgt makanan last2 xmakan pun sbb asyik nak try makanan local kat sana.

Waktu melontar jamrah
- Jamrah aqabah 10 zulhijjah, waktu afdhal adalah waktu dhuha

- Ketiga tiga jamrah pada 11, 12 & 13 adalah pada waktu selepas gelincir matahari (zohor).

- Tapi sebab ikut jadual yg ditentukan TH dan mengelakkan kemudaratan lain kita pun buat pada waktu maghrib. Kalau tiba2 takmau ikut arahan TH, pastu kalut nak buat waktu pagi pula, yg tu lagi tak ada sandaran apa2. Rugi kalau buat sekadar nak perabih-buang-cepat siap .

semalam kita masuk kat 1st floor, tangga dia mendaki. Kalau org tua2 depa mengah, jadi baik naik tingkat atas, cangak atas escalator. 🫀🫁 rilek la.

tgok dlm tu, 3rd floor entrance. yg nmpk mcm terowong tu bumbung escalator.

PERSPIREX
ni effective utk 3-5 days. Kalau guna yg biasa tu kena reapply daily jadi setiap kali nak reapply tu kena mandi. so tak praktikal bila tgh ihram haji yg susah nak mandi setiap hari

Dekat malaysia

- Niat buat haji tamattu' (ni yg paling senang)
- Bayar dam dalam thijari (apps) untuk haji tamattu' 
- Pakai pakaian ihram compliance sebelum naik kapal terbang 

Dalam kapal terbang

- Agak² lepas makan kali kedua, pilot akan bagitau suruh niat.
- Niat ihram umrah time tu

Sampai kat sana:

- Kalau confident, buat kepala, terus buat umrah. xyah tunggu rombongan
- Sebab nanti bila nak tawaf, rombongan hampir pasti kelaut (hilang)
- Buat umrah maksudnya tawaf 7 kali dan saie 7.
- Bercukur kemudiannya dan balik hotel boleh enjoy pakai baju macam biasa sampai masa kerja haji (baru kena pakai ihram semula)
- Jul dulu penerbangan yg akhir. Jadi, jul hanya tunggu 1 minggu lebih macam tu ja. Terus pi arafah untuk haji (naik bas)

Comments