Pengalaman Detik Nak Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Kita copy paste cerita sebelum ni kongsi kat Insta. Senang nak rujuk kalau kat sini. 

Ada orang request cerita pengalaman bersalin secara detail.

Lain orang lain pengalaman. Orang kata lain anak pun akan lain pengalaman.

Untuk pengalaman anak sulung ni, kena GDM. Detect masa 7 bulan. Diet-control saja tak perlu makan ubat. Blood sugar profile (BSP) setiap dua minggu memang normal. Tapi mencabarlah sebab ada gastrik. Nak kena kawal makan sebab gula senang naik tapi pada masa kalau makan kurang, jadi gastrik sampai terjaga waktu tidur malam.

Cerita part 1 dulu. Sebabnya nak bersalin mudah tu bukannya tiba2 magik tau. Ada PREparation sebelum tu.

Persediaan sebelum bersalin:

1) Kerap berjalan. Walaupun asyik kerap rasa nak pergi tandas. Seminggu tu hampir tiap petang suami bawa jalan-jalan. Nak jadi semangat berjalan tu, boleh buat window shopping kat shopping complex. Baru tak sedar. Kalau tak, akan rasa letih cepat.

2) Belajar teknik pernafasan betul. Sekali dengan pasangan. Sebab pasangan nak tolong kita kan nanti masa tengah panik dalam labour room.

3) Buat exercise fisio. Walaupun perut besar, fisio masih tetap kena buat. Ni hospital ada ajar masa join kelas mereka anjurkan. Ada cara tertentu untuk ibu yang mengandung.

4) Belajar pasal ilmu penyusuan susu ibu. Boleh tengok Nad Masrom punya video sangat membantu.

5) Barang semua boleh siap sedia bila kandungan dah 7 bulan.

6) Makan semua jenis makanan. Ni sendiri punya praktis. Sebab Dr pesan, baby dalam perut pun boleh rasa. Jadi kalau kita nak anak kita boleh makan semua benda, kita pun kena makan dulu masa dia dalam perut. Makanan berkhasiat lah. Kalau cukup khasiat, insyallah sedikit sebanyak membantu. Bukan makan supplement saja. Makan yang naturallah ya.

7) Cara hidup sihat. Tidur bagi cukup, makan makanan berkhasiat, exercise, jaga emosi. Emosi nanti boleh affect anak dalam perut juga. Emosi bukan boleh ubah dalam masa 24 jam. Jadi daripada awal kena ada cara hidup sihat sebenarnya.

Ubat kena makan lepas bersalin. antibiotik amoxicillin tak silap dan mefenamic acid. yang tablet tu ubat tak nak bagi sembelit jenis herba. lupa dah nama. Antibiotik tu kena makan sebab suhu masa bersalin tu tinggi walaupun dah cek Strep negatif.


GESTATIONAL DIABETES

Nurse pesan, sebab GDM, kena serah diri paling lewat minggu 40. Masa ni memang risau lah. Tapi Dr Quah kat Lam Wah Ee ni tak kata macam tu. Dia pesan, 3 tanda bersalin ni sahaja yang perlu datang hospital kat Emergency.

TANDA BERSALIN 

1) Air ketuban pecah walaupun tak sakit.
2) Turun darah (tak silap walaupun tak sakit kena datang hospital)
3) Contraction yang sakit (kalau tak sakit tak payah rasanya)
*Ni ada yang lupa sikit. Dah 2 tahun lebih kan. hihi

Masa ni air ketuban campur dengan darah. 


Pengalaman sendiri, malam kul 9pm 12 Jul, baby aktif gerak. Sangat obvious. Pelik sebab tak pernah dia gerak macam tu. Baby memang dah kepala kat bawah last check up. Sempat la rakam video. Mood masa ni jadi rasa gembira.

Siang tu p kerja naik motosikal lagi tau. Sebab selalu keluar rumah lewat. Jalan jem. Susah benar nak angkat kaki masa ni.

MALAM SEBELUM KELUAR TANDA BERSALIN

13 Julai 4am tiba2 rasa tak sedap perut macam datang period. Terjaga tidur dan bila pergi toilet, keluar darah sikit. Pelik dah. Pastu sebab ngantuk, sambung balik tidur.

7am, dah siap2 nak pergi kerja. Tiba2 macam air keluar. Banyak. Masa ni berkira-kira nak pergi kerja ka hospital. Last2 decide pergi Hosp LWE sebab teringat Dr pesan.

Masa tu tak tahu tu air ketuban ka air kencing. Sebab pertama kali kan. Ciri-ciri air ketuban ni tak ada bau, tak warna, pastu ada bulu-bulu cam rambut halus2, volume dia pun banyak.

Sampai hospital 8am+, masuk ward, air ketuban keluar sangat banyak rasa kalah paip air biasa. Pakai pad pun macam tak pakailah. Lencun. Tak boleh kawal.

Nurse cek bukaan. Kosong! haha Terkejut masa ni.

PERMULAAN SAKIT CONTRACTION

Kul 2.20 pm, contraction baru start. Then setiap 10min sampai pukul 3pm. Lepas tu setiap minit contraction tau!! Tapi dah ready mental kata tak boleh nangis nanti kacau emosi. Jadi tahan, minta Allah tolong. Sakit sangat sampai tak boleh nak duduk diam langsung. Kena jalan, gosok kat belakang. Tapi masih sakit.

nak solat pun susah sebab sakit sangat tak boleh diam langsung masa ni. Solat jamak zohor asar masa ni. Sakit ni setiap minit sampai la pukul 1030pm. Bukaan masa ni baru 5cm.

Painkiller dia tak bagi sebab katanya boleh bagi kalau kat labour room saja.

Masa sakit tu, Dr & SN seluk tu sakit juga tau.

Kalau sakit macam mana pun, tak payah kerap panggil nurse cek. Nanti asyik kena seluk. Sakit.

Masa ni siap minta nak Caeser tau. Nurse LWE bagus. Dia bagi psikologikal support. Dia cakap tahan dulu, fikir dulu. Dia cerita orang yang bersalin kalau pecah ketuban dulu memang paling sakit. Dia katalah.

Yang magiknya, setiap kali sembang dengan nurse tu, rasa sakit tu berhenti kejap. Nurse tu hilang, sakit jadi kuat balik. haha

Kena tolak atas wheel chair nak pergi labour room. Tak larat sangat dah masa ni sebab tak duduk daripada petang


Masa 1030pm tu, nurse kata Dr pesan kalau tak ada bukaan lagi, nak kena induce. Nasib baik dah ada. Terus kena tolak pergi labour room. Kena cucuk pethidine kat punggong. Sakit juga. haha Padahal masih dok layan contraction.

MASUK LABOUR ROOM

Masa ni letih sangat. Suami kata aircond sejuk sangat, tapi tak rasa sejuk pun masa ni.Boleh baring masa ni rasa nikmat sangat. Tak fikir apa dah.

Elok je lepas cucuk, terus tak sedar lena sebab rasa macam hilang separuh sakit. Letih layan sakit hampir 8jam.

Tidur sampai la terjaga sebab nurse kejut suruh push. Masa ni mamai, sebelum tu dah set mindset untuk ikut saja apa yang midwife & husband suruh.

Rasanya macam lebih 10x kena suruh push tapi tak boleh pun. Oh ha, ada gas. Teknik guna dia, sedut masa rasa contraction. Kalau tak rasa, jangan sedut. Teknik ni penting supaya tak overdose. Nanti jadi khayal.

Kul 2.30 camtu rasanya kena drip Pitocin. Sebab nurse kata bukaan 9cm je tak full walaupun dah lama. Lepas tu baru Dr muncul.

BABY KELUAR KE DUNIA

Kul 3am 14 Jul, keluarlah baby. Rasanya Dr gunting. Tapi tak rasa apa2 pun. Kalau dia jahit pun, tak rasa apa.

Husbd tolong angkat bagi senang nak push. Sebab masa ni rasa dah lembik dah. Pastu husbd kena keluar lepas potong tali pusat baby. Topeng gas tu kita pegang lagi. Pergi hidu banyak2 kuat sampai M.A.B.U.K. HAHA lali terus sebab takut sakit kena jahit padahal tak rasa apa pun.

Pernafasan masa tengah push tu KELAUT tau. haha Nurse tegur salah teknik tapi tak ajar cara betul. Sakit sampai gigit kain. Tapi tak ley kuat takut patah gigi. hihi

Bentuk kepala baby macam penyet sikit la sebab lama duduk dalam saluran sempit kan. Lepas beberapa hari ok balik.

Mula-mula ambil 2 hari 1 malam punya pakej. Tapi sebab anak keluar hari keesokannya, jadi terpaksa tambah lagi satu hari.
Lampu infrared nak bagi cepat sembuh luka. Dia akan pasang setiap kali lepas cuci luka. Panas. Jadi rasa selesa sebab aircond kat bilik sejuk.



Nanti anak boleh baca bila dia dah besar. Susah macam-macam kena buat nak lahirkan seorang manusia kat dunia ni. Ok habis~

Comments