Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Kali ini saya akan review produk PICO 4 VR. Produk ni boleh dicuba di Queensbay Pulau Pinang dan kalau puas hati, baru beli.
![]() |
Ni pico 4 ultra. Lain sikit hand controller dia & screen dia mixed reality. Mixed tu maksudnya boleh tengok real life tapi masa sama nampak apps dalam tu. Harga pun tinggi skit. |
Harga masa beli dalam RM2k+. Dapat percuma 3 permainan. Harga dia beza ikut saiz storage juga. Masa ni minta tukar permainan jenis dia bagi tu dengan game exercise. Beli tahun lepas (2024). Waranti satu tahun.
Mula-mula cuma bercadang untuk cuba sahaja. Tapi bila dah cuba, jadi rasa nak beli. Sebab best. Ni saiz untuk dewasa.
![]() |
Ni pakai kat kepala. Kena adjust bagi ketat elok dan ikut saiz kepala dan eye width dia. |
PICO ni saya rekemen kat siapa yang suka main game kat komputer. Lebih baik yang ni daripada Play Station atau game dalam komputer sebab tak bergerak.
TAPI.. Siapa duit banyak, boleh la beli yang ni. Haaa https://virtuix.com/omni-one Yang Omni One ni lagi mahal berganda tapi menarik la takkan terkeluar bulatan dia.
Siapa pakai spek, dia kena pakai spek juga masa pakai Pico ni.
Penjagaan lens dia sama macam jaga cermin mata. Wipes guna kain cermin supaya tak calar, jangan biar basah dengan peluh.
Biasa kalau lepas main, memang peluh lencun la. Main 15-30min pun dah cukup dah.
APA YANG BEST DALAM PICO:
1) Boleh exercise dengan secara tak sedar. Sedar bila dah letih & sakit badan. Biasanya lepas 15 min intense game memang boleh flat sampai ketar kaki tangan. Ni sebab utama beli PICO untuk saya. Game yang best tu LesMillesBodyCombat kot nama dia. Ada jenis Dance tapi susah nak ikut.
2) Banyak jenis APPS (aktiviti) boleh buat. Contoh tengok Youtube, lukis sketching, chatting dengan user lain, 360 video, game memang macam real.
3) Sound stereo dia best kuat dan feeling.
4) Ada sensor kat kaki boleh main game sepak / tendang / hentak.
5) Boleh main multi-player dengan kawan yang ada PICO.
6) Ringan dan mudah bawa & guna berbanding laptop.
7) Boleh cast screen kat laptop / TV / handphone.
APA YANG TAK BEST DALAM PICO :
1) Bateri tak tahan lama. Maksudnya tak boleh main berjam-jam. Kena cas setiap kali lepas main.
2) Game APPS banyak kena beli. Maksudnya duit lagi la kalau nak cuba apps baru.
3) Internet kena laju, kalau tak lagging dan tak best. Sebab dia memang perlu high speed internet.
4) Senang pening kepala kalau main game tembak2. Sebab dia gerak laju, pastu dengan terkejutnya. Main 5 minit pun cukup untuk bagi pening dah. Game exercise tak jadi pening tau.
5) Kena hati2 supaya tak terkeluar bulatan. Jadi tak sesuai main kat tempat sempit yang banyak barang keliling. Nanti takut terlanggar.
![]() |
Beg simpan PICO. Beli kat Shopee baru mudah sikit nak bawa. |
Itu saja kali ni. Nanti kita taip kongsi benda lain pulak k~ Jaane~
Comments