Catatan 12 Julai 2025 (Sabtu)

Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,

Nak tulis pendek. Mood sedih lagi. Seminggu ni hampir hari-hari menangis. Penat tau menangis.

Sekarang kena cipta hobi baru :

1) Tidur banyak

2) Dengar ceramah / talk

3) Baca buku

4) Hiking / exercise sorang2

5) Kurangkan bercakap dan banyakkan senyap. Nak jadi pendiam.

6) Banyakkan qiamullail

Hobi kena cari yang tak ada kaitan dengan orang. Sebabnya walaupun ibu bapa, adik beradik, kawan sekali pun, semuanya sibuk dengan hal masing-masing.

Tak payah berharapla kat manusia. Nanti kecewa. Kecewa sangat.

Sedih macam mana pun, tak payah mengadu kat manusia.

Simpan je sorang-sorang. Buat penat explain nanti faham lain je selalunya.

Tak tahan sangat, nangis je. Berjam-jam pun tak ada orang kisah lah. Mind our own problem.

Manusia walau kawan rapat sekali pun, dia bosan dengar cerita kita ulang banyak kali.

Teruk-teruk sedih pun, nanti sakit pastu matilah.

Hidup sekejap je.

Kita usaha jelah apa yang kita mampu. Orang yang ada kemampuan lebih tapi tak buat tanggungjawab dia, nanti pandai-pandailah dia menjawab dengan Allah kat akhirat.

Kelebihan sedih ni, nanti jadi tak ada selera makan. Jadi tak risau la lebih garam atau gula. Bila kurang makan, jadi nak banyak tidur.

Ingat, tak payah ada sikit pun perasaan berharap kat manusia. Tak ada sorang pun manusia suka kalau kita yang susah ada masalah ni berharap kat dia. Allah je yang suka. Adu kat Allah saja.

Perasaan pedih dan sedih tu lagi terasa kalau dapat tahu kawan / sesiapa terdekat memperkecil dan meremehkan masalah yang kita beritahu. Yelah, bagi dia tak ada masalah. Nampak macam teruk sangatlah kita ni benda tu pun nak jadi isu.

Ok nanti kita taip lagi bila masa sesuai.

Comments