Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Hari jejalan.
Best.
Sebab rasa macam cuba lupakan masalah. Walaupun rasa sedih.
yela, bila sibuk, kita lupa hal lain.
tapi bagi saya, selagi tak selesai satu isu, walaupun buat hal lain, masih terfikir isu tu.
Sebelum ni rasa macam tak salah kalau tanya atau nyatakan benda kita fikir.
tapi bila rapat, kita akan jadi banyak la jujur tanya. Tapi rupanya banyak pulak salah. Banyak tak kena.
Takut nak cakap banyak dengan orang.
nanti minta maaf banyak kali pun tak boleh nak sama dah macam dulu.
Sebab tu tak berani nak ada kawan rapat.
nanti lagi banyak tak kena. Baik tak payah rapat dengan sesiapa.
nanti dosa dengan manusia pulak lagi susah.
ada orang banyak kelebihan.
hidup dia semua dia dapat yang macam perfect life. The best life ever.
rasa jeles juga. Tapi takpelah. Kita tak nak kat dunia. Kita nak Allah bagi kat akhirat. Takut kalau dapat dunia, nanti jadi lupa kat Allah.
Cuma, kadang rasa atleast boleh berfungsi macam manusia normal.
Risau sebab ada anak.
Tak mahu anak dapat sifat tak baik, tak mahu ada terseksa sebab ada ibu yang tak baik.
Bila dah set mindset biarlah susah seorang diri, jadi auto boleh buat semua benda walaupun sakit.
cuma satu je.
tolong jangan tanya pasal perasaan. Tak payah ambil tahu pasal keadaan emosi. Tak payah sesi ambil berat.
Sebab nanti burst out menangis
tak nak lah menangis depan orang.
tak nak orang tahu kita sedih.
nak semua orang tahu kita ni steady, tak dak masalah, semua benda boleh buat, semua benda kita tolong orang.
minta tolong mata bagi kerjasama.
jangan menangis depan sesiapa.
sorok.
sebab tak ada orang sebenarnya sanggup nak hadap masalah kita. Mak, ayah, pasangan, even kawan rapat.
Sedih.
Nak sangat kalau masa iman paling tinggi, nak mnta allah matikan masa tu. tapi tarikh mati tak boleh pilih.
Lepas ni, nak jadi happy go lucky saja.
orang tanya apanpun, nak cakap ok tak dak masalah. Bukan tipu. Tapi tak dak masalah untuk diceritakan. Masalah tu ada.
buat je hal sendiri.
yela, ada orang kata rugi la tak gunakan masa betul2.
tapi tak pa dia ada perfect life.
kita ni, emosi pun tak stabil.
bila emosi tak ok, nak bangun atau tdo malam dengan nyenyak pun satu beban yang sangat2 berat.
tu belum lagi setiap kali nak period. Emosi kelaut. Dia macam orang perempuan yang ada sengugut teruk sampai MC dengan yang tak pernah sengugutt. Memang susah la nak faham kalau tak pernah kena.
Takpalah. Ujian orang masing2 lain2.
kita mungkin hidup macam ni.
nak juga jadi normal.
tapi mungkin tak ada peluang kat dunia.
sedih.
tapi cuba untuk tahan.
Comments