Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Kali ni nak tulis tentang perasaan.
Ada orang, termasuk diri sendiri mungkin, asyik nak orang ikut cara kita.
Kadang ada benda, kita tak sampai hati nak cakap jujur atau perkara sebenar.
Contoh macam kita tak suka dan tak mampu.
Kadang kita akan cakap ayat berlapik.
Kadang bagi banyak alasan.
Kadang kerap mengelak.
Kadang cepat lupa.
Kadang jadi tak ingat.
Semua sebab alasan je tu.
Sebab kalau orang nak, dia akan cari jalan dan usaha.
Kalau sekadar alasan dan ucapan banyak kali, tu sekadar nak penyedap hati.
Manusia cepat bosan.
Cepat serabut.
Cepat semualah.
Jadi, kena ingat, manusia ni sekadar macam catur je. Atau tiupan angin. Melintas yang tak penting pun.
Jadi tak payah nak sedih atau kecewa atau menagih simpati atau perhatian manusia. Walaupun pasangan, walaupun ibu bapa sendiri, walaupun adik beradik, walaupun kawan rapat macam mana sekali pun.
Kita buat lah macam mana pun, ada je manusia akan fikir negatif dan tak suka.
Jangan buat kerana manusia. Buat kerana Allah saja.
Kena fikir, hari ni, apa patut buat untuk buat Allah suka?
Tak payah cakap banyak. Nanti cakap banyak sikit, orang cakap kita mengadu, mengumpat, mengungkit, salah cakap la, dan macam2 lagi.
Penat dengan kerenah manusia.
Tapi kalau kita sabar, kita dapat pahala.
Cuma susah juga kalau rasa sorang diri.
Betul Allah ada.
Tapi sedih.
Rasa seorang.
Tak faham apa yang Allah rancang.
Tak seronok pun hidup kat dunia.
Tapi tahu Allah tahu yang terbaik untuk kita.
Selagi bernyawa, selagi kena teruskan hidup.
Ramai orang, lebih suka tak tahu realiti dan kebenaran sebenar supaya lebih selesa dan gembira dengan angan2 ciptaan sendiri.
Lutut lebam hari ke 4. Besar juga sebab ada bekas saiz A4 5 tingkat jatuh atas kaki. Sakit tak boleh sentuh. Besar tu macam kesan ambil darah kat situ.
Tapi sakit macam mana pun, tak payah cakap kat manusia. Senyap je. Senyum je depan semua manusia. Tak payah cerita hal hidup sendiri kat orang lain yang tak menarik pun untuk diambil pengajaran. Tak dak siapa nak dengar dan tahu pun. Taip je sini. Sambil nangis.
Harap anak tak sedih bila besar kalau terjumpa posting mak dia emosi macam ni. Semoga emosi anak stabil, sihat, tenang, jadi Hamba Allah yang soleh, bermanfaat untuk dunia dan akhirat.
Penat tau hidup tak ada semangat ni.
Comments