Move On

 Assalamualaikum Ni Hao Konnichiwa,


Nak menulis perkara yang berlaku sekarang.

30 November (Ahad) 2025 baru ni emak meninggal dunia di Hospital Pantai.

28 Januari 2026 ni sebutan hakam pulak.

Anak gilir-gilir jaga.

Semalam baru dengar ceramah, dia kata manusia ramai yang bersabar tapi sangat sikit yang bersyukur.

Susah  nak bersyukur ni.

Syukur ni merasa cukup dengan apa yang ada, dengan rezeki yang Allah bagi.

Hidup di dunia ni sementara. Kehidupan sebenar bermula bila kita meninggal dunia dan masuk alam akhirat.

Jadi hidup kat dunia ni, kena fokus nak beramal dan ikut apa yang Allah dan Nabi suruh supaya tujuan kita untuk masuk syurga kat akhirat nanti.

Biarlah orang lain nak berseronok dan dengan cara mereka. Kita patut fokus dengan amalan kita.

Sedih kat dunia ni betul tapi sebab tu lah kita minta Allah gantikan dengan nikmat kat akhirat nanti.

Jadi sekarang ni, saya nak cuba fokus kepada :

1) Tambahkan kesyukuran kepada Allah.

2) Fokus mendidik anak

3) Fokus menambah ilmu

4) Fokus tambah amal ibadah

5) Fokus jaga diri dan anak sebab dua ni amanah Allah bagi yang kena jaga baik-baik

6) Hari-hari kena zikir dan kalau rasa sedih sangat, berdialog dengan Allah masa tahajud. Tanya Allah. Luah kat Allah. Allah sebenarnya nak kita bergantung kat Dia, bukan kat manusia.

Kalau la tiba-tiba datang nikmat pun, jangan lupa bersyukur kat Allah. Nikmat kat dunia ni sikit saja. 

Kena fokus kat benda positif, tak perlu fokus benda yang buat kita rasa down dan kecewa.

Pastu tambahan peringatan untuk diri sendiri :

Kita memang takkan mampu ubah dan susun cara orang lain fikir kat kita.
Yang kita mampu buat cuma usaha dan doa. Selebihnya Allah yang tentukan. Jadi tak perlu nak rasa kecewa sangat pun sebab kita tahu Allah yang susun jalan hidup kita sebab kita berserah kat Allah disamping berusaha. 

Kadang teringat macam mana la kehidupan di alam kubur. Keseorangan? Sunyi? Hanya diteman amal. Tapi Allah ada takkan tinggalkan hamba dia. Cuma cukup tak amal.. Atau risau takut tak sempat minta ampun sebelum meninggal, takut ada dosa buat tapi tak sedar.

Nak cuba azam hari-hari nak tahajud. Nak dialog dan luah kat Allah. Penat luah kat manusia. Letih.

Dulu fikir, kalau nak decide sesuatu, mesti decide  kalau orang tu ikut seperti Allah suruh, kita patuh. Kalau orang yang menjauhkan kita daripada Allah, baik elak.

Lega bila luah benda yang terfikir. Walaupun rasa mengharapkan balasan iaitu ada orang bagi kata semangat, tapi ni macam berharap kat manusia. Takpalah kalau Allah takdir ada manusia membantu, kita syukur.

Cuma mood sekarang mudah nak nangis. 

Badan letih sangat rasa dah 2 minggu. Baru habis macam satu course ubat Dafflon.
Hari tu buat Facial Treatment kat MyClinic 13 Disember 2025 (Sabtu) jam 240 petang - 6.10 petang.
Kena RM1540.00 untuk Silk Peel, Extraction, Yellow Laser, Skin Booster - NCTF. 
Sesi seterusnya cuma kena bayar RM490 untuk Silk Peel dan Yellow Laser.

Setakat ni hari yang ke 8, kulit muka banyak improvement cuma masih kering sikit dan belum flawless sepenuhnya. 

Perubahan yang nampak tu, kulit yang kering teruk dan tiada, tiada merah teruk, tiada jerawat aktif.

Cuma skincare macam pencuci muka kena pakai yang jenis soap-free dan alcohol-free. Kena paling mild sebab kalau tak, akan rasa pedih kat kulit.

Parut sebab extraction dia cucuk-cucuk dengan jarum pun makin hilang.

Ok itu saja kali ni.

Comments