Assalamualaikum Ni hao Konnichiwa,
Kali ini nak tulis pengalaman dapatkan rawatan muka di MyClinic.
Mula-mula survey dulu semua klinik estetik macam Dr Ko, Klinik O2 dan MyClinic.
Klinik Estetik Dr Ko :
- Consultation harga RM90.
- Dia punya rawatan laser tu satu je dalam satu pakej. Kira Dr Ko ni lebih fokus kepada produk skin care dan makan ubat untuk kesan tu.
- Dr dia sedikit memaksa untuk makan ubat. Ubat tu Retinoid, supplement dan antibiotik. Pakej ubat saja RM480 sebulan.
- Tak best dan tak selesa consultation dengan Dr Ko sebab Dr tu tak mendengar concern kita tapi terus nak suruh bayar dan ambil pakej dia.
- Siapa memang jerawat teruk sangat, sesuai la ambil ubat. Kita punya muka dikira sangat mild acne, tak perlu pun sampai makan ubat sebab kesan sampingan retinoid dan antibiotik dia tak berbaloi dengan mild acne.
- Dia fokus dok tekan suruh bayar juga macam ansurans la apa la. Bukannya nak tekankan pasal rawatan muka.
Klinik Estetik O2 :
- Consultation harga RM30 tak silap
- Dr dia sangat bagus terangkan satu-satu dan tak menekan untuk beli produk dia.
- Selesa dapat consultation dia.
- Dia ada pakej laser yang harga berpatutan cuma ada rasa ragu-ragu sebab laser tu dia kata pakej. Bergantung kepada Dr nak pilih Q switch atau PICO masa rawatan.
- Harga dia boleh tengok kat FB. Lagi banyak kita pilih sesi, lagi murah.
- Tapi tak berani nak ambil sebab tak jumpa testimoni real customer yang betul-betul dapatkan rawatan laser kt O2.
Klinik MyClinic :
- Ni katanya ramai artis pergi buat sini.
- Harga dia mahal berbanding O2.
- Tapi kalau pilih pakej dia, akan murah juga la.
- Setakat pengalaman pertama kali, layanan staf dia sangat bagus.
- Kawan-kawan ramai juga buat sini dan testimoni ok, kalau cari kat online, ramai buat testimoni ok buat facial kat sini.
Kita pun terus ambil masa tu.
SILK PEEL + YELLOW LASER = RM480
SKIN BOOSTER NCTF INJECTION = RM1,000+
Jadi masa tu ambil dua sesi, kena bayar RM1,540.00 kira untuk NCTF injection dan SP+YL..
Pastu sesi seterusnya baru kena bayar baki RM480 untuk SP+YL.
Sebelum dia buat SP tu, dia picit buang jerawat/comedone/ black head dulu. Tapi rasa bukan semua juga. Sakit juga. Dia cucuk jarum dan tekan untuk keluarkan. Tak semua pun rasa tapi hampir semua la. Berair mata tahan sakit.
Pastu baru dia buat SP. Katanya infuse serum dan vitamin sekali. SP ni katanya untuk kurangkan jerawat dan merah muka.
Lepas tu baru buat YL. Tak sakit pun laser. Tak rasa panas. Staf klinik biasa je yang buat laser proses tu. Katanya kalau PICO atau Co2 baru doktor yang buat proses laser. YL ni pulak untuk kurangkan redness dan irritation. Masa ni muka irritate dan kering sangat.
Mula dalam 250pm habis dalam 540pm.
Pastu baru dia sapu krim kebas kat muka baru dia cucuk.
Tak sakit pun cucuk berbanding buat extraction awal-awal tu.
Tapi asyik terkejut masa dia cucuk sebab Dr cucuk cepat-cepat.
KESAN SEGERA
Muka tak pedih, sangat ketara nampak putih dan glow, dan tiada merah.
Dapat percuma facial mask sekeping dia bagi. Collagen bio cellulose. Sedap sangat pakai malam tu.
Cuma harga sekeping tu tengok boleh tahan. Elok pakai seminggu sekali.
Moles pun pudar warna katanya sebab cucuk NCTF.
KESAN LEPAS 2-3 MINGGU
- Warna kulit muka nampak putih lagi daripada sebelum ni.
- Moles nampak nak obvious balik. Mungkin sebab cara pakai sunscreen silap sebab nipis sangat.
- Pores obvious makin kecik
- Setakat ni jerawat tak naik lagi walaupun dah datang period. Biasanya akan naik jerawat masa nak period.
- Kalau buat whatsapp call, tak nampak dah merah-merah kat muka. Memang nampak improve banyak.
Kita ada appointment lagi lepas sebulan. Untuk buat prosedur SP+YL lagi sekali pada Januari 2026.
CO2 LASER
Cadangannya nak buat CO2 laser lepas sebulan lagi lepas YL ni. Dalam bulan Feb 2026. Masa ni kena ambil CR supaya duduk rumah je untuk seminggu sebab dia ada downtime 14 hari. Harga trial CO2 ni RM400 kat MyClinic. Kalau seterusnya kena cas RM800 per sesi.
Kulit muka kita tak dak la teruk sangat. Saja nak buat sebab nak hilangkan kesan parut dengan cepat. Sebelum ni tak pernah pakai skincare. Baru mula nak masuk 2 bulan pakai skincare. Sebab masa tu kering sangat kulit muka sampai rasa pedih.
Tapi yang penting ialah, pastikan jerawat surut dulu dan tahu nak elak jerawat naik balik.
Kena pakai skincare paling biasa saja supaya nanti tak perlu ubah-ubah masa buat rawatan laser.
Setakat ni pakai produk Aiken Toner, Serum, Jelly Moisturizer, dan ToneUp& Blurring Sunscreen.
Ada juga kadang pakai Simple Night Cream sebab dia heavy lagi. Cuma bila pakai yang Simple Night Cream ni, rasa pedih muka masa setiap kali baru pakai walaupun dah lapis dengan set Aiken dulu.
Jadi fokus kat Skin care sekarang sebab dah macam hilang punca dan minat.
Memandangkan kawan-kawan ramai buat facial treatment, kita pun buat la sekali.
Oh ha, kalau anak baca post ni suatu hari nanti, best Sunscreen sebenarnya pakai kain tutup macam topi ke face mask, lengan panjang, stoking semua. Sebab pakai chemical/mixed physical and chemical suncreen ni ada kesan juga kat kulit. Kena pakai tebal untuk betul2 kesan dan pakai lepas 2 jam terdedah kat matahari. Maksudnya kalau teknik tak betul, UV masih kena kulit dan bagi kesan terbakar dan lain-lain kat kulit.
Setakat pengalaman baru sekali kat MyClinic, kita sangat puas hati dan rekemen untuk buat. Memang nampak dan rasa kesan.
Comments