Assalamualaikum, Konnichiwa, Ni hao...
Sempena bulan ramadan 1436 H ni, baru la sempat saya nak update apa yang pernah dijanjikan sejak sekian lama.. iaitu perkongsian tentang cara menjahit kain A-line yang sentiasa dipadankan dengan baju mini jubah. Maklumlah, orang yang tak suka pakai jubah ni suka la baju macam ni. Senang baju 'pecah-pecah' .hahahaha
Jahit kain A-line teramat mudah sampaikan kalau orang expert, boleh siapa 2 helai dalam masa 1 hari. Tapi kalau saya, tak mungkin la sebab letih juga kalau kerja menjahit saja 24 jam. hehe Point nak bagitau kat sini, betapa mudahnya nak jahit.
Jadi, tutorialnya seperti berikut :
|
Ni dasar kain A-line. Letak atas kain dan potong mengikut bentuk. Kalau perhatikan betul2, satu dasar (belah atas) tu kertas tu rapat betul, tapi kalau dasar (belah bawah) tu kertas tu semua jarak 1 inci daripada kertas.
|
|
Ni yang dah di'crayon'kan. |
Rasanya saya belum buat lagi tutorial cara membuat dasar kain A-line. Tapi saya terus 'jump' untuk tutorial jahit kain A-line. kekekeke~~ Nantikan ya. Mudah saja.
|
cantumkan 2 kain yang saya bagitau kat atas yang dasarnya berada 1 inci daripada kertas. Nampak kain tu saya sengaja lipat? Sebab tu adalah tempat letak zip. Pastikan ukur panjang zip dan lebihkan sedikit. |
|
Letak zip dan kemaskan guna jarum peniti dulu sebelum dijahit jelujur. Lepas tu baru jahit dengan mesin. |
|
|
Ni close-up view. Saja nak bagi jelas. |
|
Lepas dah siap jahit zip, baru cantumkan dengan kain satu lagi dua-dua bahagian. |
|
Lipat macam ni dan jahit kat bahagian bawah kaki kain. |
|
Tada.. Ni yang dah siap jahit. Jahit dua layer supaya nampak kemas dan kain tak berbulu. Ikut kesesuaian anda. |
|
Ni untuk buat lapik pinggang. Jumlah (PANJANG X LEBAR )= (Panjang mesti ikut pinggang anda contoh 28 inci x Lebar tu adalah 0.5inchi +1.5inci+1.5inci+0.5inci). Inci yang saya tambah banyak-banyak ni supaya anda garis untuk tanda supaya nak jahit nanti. |
Saya terlupa pulak nak snap gambar lukisan yang dah lukis tu. Agak susah juga nak menerangkan guna ayat. Tapi tengok gambar bawah. Mungkin anda boleh dapat gambaran sikit.
|
Ni kat hujung pinggang. Jahit dulu getah tu. Bagi lebih banyak macam dalam gambar dan kemudian sebelahnya tak dak lebih. Tapi kena jahit juga atas getah tu sikit. |
Lepas dah siap atas tu, jahit untuk tutup getah pinggang tu. Pastikan anda tidak menjahit atas getah tu. Lepas tu SIAP~~~~~
Itu saja setakat ni. Ada apa-apa tak faham, nantikan saya buat tutorial dalam bentuk video. Tapi tak janji bila akan siap. hehehe
Selamat Mencuba!!!!!!
Untuk sesiapa yang nak menjahit baju mini jubah,
tutorialnya disini.
Jaane~~
Comments