learning (142) diary (104) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Friday, July 27, 2012

Belajar Menjahit Baju Mini Jubah [Updated with Pictures]

assalamualaikum.
ni hao! wan shang hao! konnichiwa!

anybody here likes sewing? say: "A.T.A.S.H.I. M.O.!"

hahaa..hai, atashimo...means "me too"

have you read this artikel? i've write it long long time ago on how to make 'dasar baju'
http://shizunepeace.blogspot.com/2011/06/learn-sewing-making-dasar-blouse.html
Ini lah rupa baju mini-jubah. Ada lebih kurang baju kurung tapi yang ni fesyen ada butang ditengah. Kain ni 'cotton' jadi sejuk dan sedap pakai. Yang belah kiri warna hijau muda tu ringkas. Belah kanan warna merah tu agak leceh dan cerewet sikit sebab nak kena jahit 'list' yang kecik kemetot. haha

so, i just want to add more tutorial since i've done my own cloth this time.
we call it as 'mini jubah'. i dont really like 'baju kurung'. tips kalau tak terer menjahit lagi, pastikan sebelum jahit dengan mesin, kena jahit jelujur guna tangan. Lepas tu tetas yang jahitan jelujur. Baru kemas. Nak kemas lagi, gosok dengan seterika supaya kain tak berkedut. Tapi kalau berkedut pun ok ja sebenarnya. Hahaha



starto! (i will write in malay since i'm not familiar with english term for sewing. haha gomen ne... satu lagi, bahasa yang digunakan adalah bahasa rumah bandar.. haha jadi, kalau tak faham tu, buat2 faham ja lah ye..tak pun, boleh tanya)

1. PEMBELIAN KAIN



Jika baju dan kain A-line adalah dari kain yang sama, anda memerlukan 4 meter. Tapi jika baju dari kain lain, kain A-line dari kain lain, jadi anda memerlukan 2 meter untuk baju dan 2 meter untuk kain. Walaubagaimanapun, kalau baju anda tu ada 'kaki' anda memerlukan 2 meter suku untuk baju. Tapi ni hanya untuk orang yang ketinggian lebih kurang 155-160cm dan tidak terlalu gemuk. Kalau anda gemuk, kena tambah kain la. Tapi ukuran kain 4 meter ni adalah sangat longgar untuk saiz saya.


2. CARA LIPAT KAIN

Dasar baju yang saya ajar dalam artikel tu tak dak pelip2 yang macam kat kedai buat. Ya lah, tak payahla nak tunjuk 'shape' sangat kan..asal tutup aurat & selesa dah ok pun.. Lipat dua kain yang anda beli suka hati. Macam gambar kat bawah ni. Kalau lipat macam gambar bawah ni, anda punya baju jadi warna putih bila dah siap. Bahagian dalam warna hitam.

Tapi kalau kain yang anda beli ada ira kain, maksudnya ada garis2, anda kena lipat supaya baju yang anda buat tu garis2 dia jadi macam line biru bawah ni:
3. POTONG KAIN IKUT DASAR

Sekarang, letak dasar ikut kesesuaian tapi untuk dasar yang bahagian belakang, kena letak kat tempat yang kita lipat kain tu (imagine belakang baju mini jubah kan bercantum. takdak belah) Untuk dasar bahagian depan, kena letak tempat yang ada belah (imagine baju mini jubah yang kita letak butang kat bahagian depan baju tu. Jadi, mestila kena terbelah kat situ).
Untuk lengan, pun sama je caranya. Tapi pastikan tanda lengan anda tu bahagian mana yang depan, bahagian mana yang belakang.

Untuk bagi lekat kain dengan dasar baju, 'injek' jarum peniti. haha  Potong ikut dasar tu. Tapi jangan potong rapat. Potong kain jarak sikit dari dasar tu lebih kurang 1 - 2 inci.


Ni baju dan lengan baju mini jubah

4. TANDAKAN DENGAN KERTAS 'KRAYON'

betul ka nama dia krayon? sebenarnya taktau nama kertas tu apa..tau guna je..hoho kertas tu guna untuk gelek kain sebab nak buat garisan ikut dasar baju tu. Jadi, gelek la semua ikut kertas dasar baju tu. Lepas habis gelek semua, cabut semua jarum peniti dan jahit tepi. Jahit tepi semua bahagian kecuali kat bahagian leher. Seciput je bahagian leher tu.
Ni contoh tanda dengan kertas krayon kat kain


5. Cantum bahagian bahu depan dan belakang.
Cantuman ni jahit kat bahagian bahu baju.
6. Buat kolar. Sebenarnya kolar ni complicated sikit. Tapi tak susah. Cuma susah sikit la nak ajar kot sini. Kena demo baru senang. Sebab kalau terang kat sini pun, anda susah nak imagine. Macam saya juga. Waktu pertama kali belajar, memang rasa macam...uwaaa...takmau menjahit dah...hiiiiiii

Ni potong macam ni untuk lapik kolar. Kena jahit tepi dulu kat bahagian luar tau sebelum cantuk dengan baju. Lebar dia lebih kurang 1 suku inci. Cara nak potong bentuk ni kena lipat satu gaya. Tapi lupa pulak nak snap gambar. Gomennasai~
Gambar ni saya dah cantum tapi terlupa nak jahit tepi.


Lepas dah jahit cantik-cantik, potong bagi tinggal kecik ja. Macam dalam gambar.

Ni yang dah jahit tepi. hehe... Lipat macam ni then jahit tulang ikan apa ntah nama. Jahit guna tangan. Bukan guna mesin tau.haha
7. Cantum bahagian tepi baju kiri dan kanan baju.
Ni lepas dan cantum kiri kanan, baru jahit belah bawah 'kaki' baju. Jahit macam ni baru nampak kemas. Lebih kurang 0.5-1 inci lebar.
8. Cantum lengan biar jadi bentuk macam ni

Ni cantum lengan
Lepas dah cantum, baru lipat dan jahit hujung lengan.

9. Cantum lengan dengan 'badan baju'.

10. Letak pelapik butang dan gosok guna seterika. Pastu jahit lubang butang. Lubang butang ni kena ikut saiz butang tu. Tengok besar mana.
Tanda tempat nak jahit lubang butang. Pastikan ukur ikut diameter butang. Jarak antara point biru ke next point biru butang seterusnya ialah 3 inci. Tanda di dua-dua bahagian baju sebab sebelah nak jahit lubang butang, sebelah lagi untuk jahit butang.


Ni yang dah jahit lubang butang. Lepas jahit, tebuk lubang guna penetas. Hati-hati supaya tak terlajak


 11. Jahit butang. Selalunya saya letak 7 biji butang dan jarak antara butang tu 3 inci. Hati2 jangan senget. Sebab kalau senget, kena tetas balik dan jahit la balik.
Siap jahit butang. Pastikan cek setiap kali lepas jahit satu butang supaya baju tak jadi senget. Pastikan butang betul2 berada di lokasi sepatutnya.



12. Akhir sekali, kalau anda kreatif lagi, hias la nak guna riben ka, atau nak ubah jadi pelik2 ka, atau macam2 lagi la.. Ni baju mini jubah paling asas..

on the next post, i will teach how to sew 'kain A-line'.. it is reaaaally easy. No need to waste so much money. Just make one by yourself.

#when i think again, it is a kinda hard to explain everything here. You need to see it LIVE in order to understand. I'm thinking of doing video but i guess i'm not that 'rajin' aka hardworking to record it because i do sewing only half hour per day. Easily got tired when start sewing! haha


jaane~
zai jian~

2 comments:

Anonymous said...

salam tuan rumah
ni satu2nya blog yg sy jumpa explain tutorial mini jubah.dh lama teringin nk cuba buat sendiri tpi cm susah sikit nk bayangkan each step. bole bg tutorial bergmbr x..hehe
tmksh

Shizune Otani said...

tuan anon, nanti saya cuba buat yang bergambar. atau bervideo..
senang je bt mini jubah..