learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (36) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Friday, January 20, 2012

DAKWAH SENTIASA MUDA – JOM JADI MUDA [Part 2]

2.    BAIKI HUBUNGAN DENGAN ALLAH

a.    Macam mana nak jaga hubungan dengan Allah? Jap, kalau nak jaga hubungan dengan Allah, mesti la kita kena tahu Allah ni sapa? Kenapa nak jaga hubungan pulak? Pelik tak? Pernah tak terfikir macam ni? Kalau pernah terfikir, cepat2 cari jawapan. Tanya orang yang tahu (orang yang mahir dalam bidang tu la. Kalau kes ni, cari la ustaz atau sesiapa yang mahir dalam bidang perbandingan agama. Kalau susah sangat nak cari, guna teknologi terkini. Search kat google harunyahya.com. Semua ada.) Ok, back to the topic, macam mana nak baiki hubungan dengan Allah?

b.    Pelihara solat diawal waktu. [Memang nampak macam, “betul ka jaga solat diawal waktu ada beza dengan solat ‘tengah2’ waktu?Janji aku solat.” Pernah terfikir macam ni? Fadhilat solat awal waktu & melewatkan solat hanya boleh dirasakan oleh orang yang buat. Jadi, kalau tak pernah lagi solat awal waktu, cuba2 la buat. Mana tahu dapat rasa. Tapi jangan la jaga solat awal waktu seminggu je. Mana ada effect. Kalau la engko sakit cancer(atau sakit macam2 lagi), makan ubat seminggu je, pastu nak tengok effect dia, logic ke? Pandai2 la fikir.]

c.    Banyakkan zikir. (Tak rugi air liur pun kalau zikir banyak2. Kalau nak sembang2 lagha/gelak+perli+mengata kat orang, ringan je mulutkan. Cuba2 la ringan kan mulut zikir kalau dah tak dak keja+malas sangat.)


d.    Hassan al-Banna cakap: “Jadilah kamu ahli ibadah sebelum kamu menjadi pemimpin”. Jadi kalau ada sesiapa yang rasa2 teringin nak jadi pemimpin / tahu dia akan dilantik jadi pemimpin / sesiapa ja lah, banyakkan buat ibadah dari sekarang. Nanti dah jadi pemimpin, boleh teruskan ibadah. Bukan makin berkurang. Maklumlah makin sibuk dengan urusan yang takkan habis.

e.    Apa tujuan kita hidup? Salah satunya adalah nak bimbing manusia kepada Allah kan? Kita tidak akan berjaya bawa manusia kepada Allah kalau kita tak baik dengan Allah. Cuba ‘imagine’. Anda tak baik dengan Sonoko (nama orang jepun ok). Tapi anda nak ajak orang lain supaya kawanla dengan Sonoko, buat la baik kat Sonoko. Mesti kawan anda fikir macam ni. “Hey, ngko pun tak nak kawan dengan dia, nak suruh aku pulak.  Waras ka kawan aku ni…haishh”.

f.    Akhir sekali, jadikan hati sentiasa bergantung kepada Allah & insyaallah Allah akan memudahkan segala urusan kita.

3.    MENAMBAHKAN UKHUWWAH (KASIH SAYANG DENGAN MANUSIA)

a.    Ukhuwwah adalah asas kemuliaan kepada kita.

b.    Merupakah salah satu daripada rukun dakwah.

c.    Tahukah anda apa-apa objek yang bergerak mesti wujud geseran (friction) ?(orang physicist mesti dah tahu). Jadi, dakwah ni boleh samakan dengan benda yang bergerak. Benda bergerak mesti ada geseran. Kesannya? PANAS. Kalau panas nak buat apa? Lari? Rehat kejap? Nak rehat? Kalau mati nak jawab apa kat depan yang Maha Agung? Nak cakap, “kejap la Allah.Aku penat sangat. Lagipun bukannya aku tak buat apa. Banyak dah aku buat, bla bla bla… “. Kalau la anda kuli dan bos anda tanya soalan yang sama, cuba la jawab macam tu. Tengok apa respon. Tak pun, kalo bos anda baik, cuba imagine kalau bos anda harimau. Silap sikit makan orang. Haha… tak dak la. Merepek ajah.. Kalau dah tak reti imagine tu, fine. Tak payah susahkan diri. Nantila sampai seru…
woooooooooooppssss, lupa nak jawab persoalan tadi. Tahu jawapannya? Ukhuwah lah. Ukhuwah = sejuk dan hanya yang sejuk boleh sejukkan yang panas.

d.    Hati kita sebenarnya terikat antara satu sama lain. Macam mana? Wakaranaiyo.. Tanya yang tahu..

e.    Ukhuwwah adalah asas kekuatan.  How? Cuba tengok macam mana orang bina rumah. Binaan dia terdiri daripada batu bata,  pasir simen yang akan dicampur dengan air. Pasir tu apa sangatla.. Tiup angin pun terbang. Batu bata tu mungkin la juga boleh kata kuat. Lepas bancuh simen,kita pun susun batu bata dengan simen tu. Pastu jadila dinding. Kuat tak dinding tu? Cuba sepak sikit dinding tu tengok test kuat ka tak. Kuat tak? Hahaa… kuatkan? Simen sebenarnya = ukhuwwah.  Batu bata = peribadi. Jadi gabungan dua benda tu akan menguatkan antara satu sama lain.

f.    Ukhuwwah adalah saudara iman. Perpecahan adalah saudara kekufuran. Jadi banyakkan berlapang dada, sangka baik, jangan benci membenci dengan saudara sendiri. ( tok kepada tok kepada segala tok kita semua sama. Nabi Adam.jadi tak payah gaduh2)

g.    KESIMPULAN: Cuba-cubalah amalkan sifat ITHAR (mengutamakan sahabat lebih daripada diri sendiri walaupun kita sangat memerlukan benda tu pada masa tu). Tapi kalau nak utamakan sahabat tu pun berpada-pada la. Ada akal, ada iman, boleh bezakan mana yang patut.

h.    Apa cara nak kuatkan ukhuwwah? Cuba praktis benda ni:
i.    Gembira dengan apa yang dia gembira
ii.    Sedih dengan apa yang dia sedih
iii.    Berkongsi (tak kesah masalah atau apa pun) dengan dia
iv.    Selesaikan keperluan / hajat walaupun dia tak minta

4.    MEMPUNYAI THIQAH (PERCAYA KEPADA JALAN, KEPIMPINAN, UKHUWWAH)

a.    Tangan yang menggeletar macam orang sakit Parkinson tu boleh ke kalau nak makan ubat yang kena tuang di sudu? Eh silap soalan. Patutnya, orang yang ketar Parkinson tu boleh ke kalau kita suruh bina bangunan yang cantik, bagus, tersusun molek? Dengan keadaan terketar tu, nak susun batu bata bagi sama. Boleh ke? Mesti tak kan.. Jadi sama la kes Parkinson ni dengan orang yang tak percaya dengan jalan, kepimpinan, ukhuwwah. Senang kata dia tak percaya dengan fikrah yang dia nak bawa. Engko pun terketar2, nak ajar orang tuang air dalam sudu pulak. Mana boleh.. Nanti orang normal pun bagi ketar tangan juga. Tu kalo kes lurus bendol la. Haha… jangan jadi lurus bendol yep…

b.    Dakwah islam adalah syumul (menyeluruh), mementingkan kepada isi, ilmiah dan menekankan aspek amalan.

c.    Dengan kalimah Lailaha Illallah, sahabat Nabi SAW bergerak sampaikan Islam. Bila tau ja ada satu ayat turun, cepat2 mereka sampaikan. Jadi kalau nak sampaikan, mesti la kena yakin kan. Ni menunjukkan sahabat2 sangat yakin dengan ayat2 Quran.

d.    Menggabungkan diri dengan dakwah adalah suatu kemuliaan. Oleh itu, dakwah memerlukan pengorbanan yang besar. Sama la macam nak jadi PM/artis/YB (untuk orang yang macam nak kuasa & populariti tu. Tapi saya tak cakap siapa yang jadi PM&etc ni semua gila kuasa & populariti). Sebelum mereka semua ni jadi orang atas, cuba kira balik berapa banyak depa ni buat kerja, tidur malam, penat lelah.. Ambil kalkulator cepat. Tak mau kalkulator biasa. Guna yang CASIO 570 punya. Baru boleh kira. Haha…

5.    JADIKAN DAKWAH KEDUDUKAN TERTINGGI DALAM KEHIDUPAN – JADI KEUTAMAAN

a.    Soalan pertama lepas baca topic ni mestilah, “macam mana?”.  Caranya, buat semua benda tu lihat untuk dakwah – hidup, belajar, tidur, makan, makan angin semua untuk dakwah.

b.    Jadikan dakwah debagai rujukan untuk buat sesuatu keputusan.

c.    Dakwah TAK SAMA dengan baju ok! Pakai buang. Waktu nak mandi buang, waktu nak bergaya, lilit habis satu badan. Kalau timbang atas penimbang waktu tu mesti naik jadi 100kilo kottt..  Pastu time panas, cabut semua baju. Pinjam baju adik yang umur 3 tahun pakai. Adesss… Janganlah anda menjadi begitu. Bunyi macam extremist je saya rasa.

d.    Sepatutnya, dakwah jadi macam darah. Kalau budak2 science tak panggil darah ni. Kitorang panggil erythrocyte aka red blood cell. Thrombocyte atau leucocyte pun boleh. Ikut suka la nak panggil apa. Yang pasti, boleh kah anda buang/derma semua darah kat orang sebab anda rasa…bosanlah ada darah. Nak pulak air mineral ke yang pusing2 dalam badan.. boleh? Cubalah kalau nak disolatkan cepat.  Darah dan daging sebagaimana yang kita tahu tak boleh dipisahkan dari badan kecuali lah anda dah pindah g dunia lain. KESIMPULANNYA, ingatlah bahawasanya DARAH = DAKWAH.

6.    BERSEDIA UNTUK BERKORBAN DENGAN MASA DAN WANG

a.    Gerak kerja dengan jiran, ahli masjid, kawan-kawan, saudara mara

b.    Cuba imagine, kalau lah anda tak baik dengan jiran/ kawan anda, pastu suatu hari anda ditangkap atas sebab tertentu dan masuklah penjara. Jiran/kawan anda tu mesti seronok kemain. Mana taknya, orang yang dia benci tu dah tak dak. Jadi janganlah jadi macam tu.  Apa kaitan dengan topic no 6 ni? Saya pun tak pasti. =p

c.    2 sebab dorongan untuk menghubungkan silaturrahim:

i.    Syarak
ii.    Kewajipan dakwah (kalau tak baik, macam mana nak dakwah. Ya tak?)
 nantikan sambungan nombor 7 sampai 10.
#kalau tak baca lagi yang bahagian 1, boleh klik sini.

2 comments:

dewdrop said...

mesti mpa spend time byk utk fikir semua elaboration ni kan? or dah biasa? nice one

n very loong :)
org mcm km kena byk sabar nk baca smpai bwh skali

dewdrop said...

btw, keceriaan blog ni ok aja bah X)