Year 1 Sem 1 BoP

wan shang hao~
Ok, kali ni macam diari sikit.

Nak tulis pengalaman lalu belajar dalam bachelor of pharmacy (BoP) ni..

waktu sem 1, kena ambil 7 subjek.

1. Study circle 1
2. Islamic input in pharmacy
3. Anatomy & Histology
4. Fundamentals of physiology
5. Physical Pharmacy 1
6. Introduction to pharmacy practice
7. Tilawah Quran 2


tilawah tu kena ambil sebab tak betul tajwid. haha
tapi takpa, ada hikmahnya sebab ustaz nama kamarul ajar sangat best.
faham semua yg dia ajar & sangat praktikal. dia betul2 ajar supaya student dia boleh baca dengan tajwid yang betul. Harap semua ustaz yang ajar tajwid boleh tiru cara dia mengajar sebab susah juga nak jumpa ustaz yang ajar tajwid macam dia.

untuk pharmacy practice nya subjek, overall macam bagi pendedahan tentang community pharmacy. Lab dia sangat la letih sebab selalunya tak duduk sampai 3 jam. pastu kena jalan merata2 tempat. Barang dia dah la sikit. Tapi student ramai. Naya dok beratur tunggu nak timbang, nak ambil itu dan ini.. setiap kali balik, malam tu konpem tido nyenyak..jangan orang lain ganggu. nanti kena ngaum dek miau. meowwww~~~~ pastu, kalau kuiz dia pulak, soalan ikut note sebiji.. kalo telan seketul,  confirm boleh muntah seketul balik. benda kecik2 pun kena ambil tau sebab dia suka tanya.

Physical pharmacy : Fizik!!!!!! Aduyaii~~ Mula-mula belajar memang la macam terkejut.. pastu macam susah nak faham. tapi bila belajar banyak2, baru la nampak skit. Maklumla benda baru.. Tapi kena ingat, pastikan jangan salah konsep. Kalau tak, merapu la jawab soalan & bawa la ikan kerapu tu ke benda2 lain..

Fundamentals of Physiology : Subjek ni sangat best! Sebab apa, sebab kita boleh faham macam mana proses yang berlaku dalam badan kita sendiri. Baru tau sebab apa boleh jadi tu ni dan macam2 jenis... OVerall, subjek ni tak perlu hafal macam zombie sangat. Asalkan faham, insyallah boleh jawab. Sebab bila faham je, terus boleh ingat flow-flow seterusnya.

Anatomy & Physiology : Ok, subjek ni macam ada benda yang tak best. Apa dia? Tengok cadaver. Nak muntah bau bahan pengawet dia.. Meloyakan..huhu.. ;( Tapi subjek ni senang juga. Sebab belajar pasal badan sendiri. So, badan sendiri kan selalu tengok tiap2 hari.. OSPE dia pun best.. kalau selalu g kelas tak ponteng, boleh punya jawab soalan.. sebab lecturer (Dr Abu) masukkan soalan yang dia ajar dalam kelas je. Ha, nak bagitau satu benda ni. Benda yang tak bestnya ialah waktu lab tengok cadaver. Satu kelas dah la 50 orang sekali lab. Nak tengok cadaver yang 1 tu. Cuba imagine semut2 ni nak kerumun satu benda yang kecik. Memang kena panjat2 la.. Pastu, orang belakang ni mesti tak nampak. Lecturer dah la sebut sekali je. Ingatla kat orang lain juga. Nanti kalo anda yang kena macam tu, baru tau rasa macam mana..

Islamic Input in Pharmacy : Best juga subjek ni. Belajar term2 islam dalam english. Sebelum2 ni belajar dalam melayu. haha.. Tapi susah nak dapat A subjek ni..tak tau la pasal pa..pelik..sorang je dapat A solid. ada tu belajar euthanasia.. best.. kalo tak, dok salah faham kat euthanasisa..hoho

study circle: perasaan? hmmm...tak tau la best ke tak.. sebab macam buat benda tu sebab wajib. tak best la. tak best kalau buat sebab tu.. nak buat benda tu sebab sendiri yang nak & dengan kefahaman & sukarela..

overall, sem 1 ni sem yang tak busy sangat berbanding sem 2. sem 1 ni belajar rilek2 je..tak payah nervous2 sangat. belajar sebab nak ilmu. bukannya nak kejar gred sangat. kalau aim nak kejar gred, pastu tak dapat, memang boleh jadi pengguna tetap ubat anti-depressant.. ilmu yang dapat tu, jangan kedekut sangat nak share dengan orang lain. Ilmu tu bukan milik anda sorang, Allah bagi melalui anda je.. So, jom belajar & saling bantu membantu saudara seIslam anda. Tak payah jelous2 bila orang berjaya. Anda juga dapat tempias nanti kalau dia berjaya.. Dia boleh bantu anda pulak. Ya tak?

zai jian..

p/s: nanti nak tulis untuk sem 2 pulak.. sem 2 adalah sem yang sedikit ribut taufan el-nino yang macam landa negeri jepun tu..

*one more thing tertinggal, saya suka kalau nak buat sesuatu benda / pergi aktiviti apa2, mempunyai tujuan yang baik. Kalau pergi just nak seronok, sorry..tak minat.. baik gua date kawan baik gua yang saiz empat segi 13 inchi ni.. haha perut dia penuh dengan bermacam software yang tunggu masa nak buka daaaaaaannnnn makan!! hihihuhuhhooohoo

Comments