learning (142) diary (104) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Sunday, June 28, 2015

Tutorial Jahit Kain A-line

Assalamualaikum, Konnichiwa, Ni hao...

Sempena bulan ramadan 1436 H ni, baru la sempat saya nak update apa yang pernah dijanjikan sejak sekian lama.. iaitu perkongsian tentang cara menjahit kain A-line yang sentiasa dipadankan dengan baju mini jubah. Maklumlah, orang yang tak suka pakai jubah ni suka la baju macam ni. Senang baju 'pecah-pecah' .hahahaha

Jahit kain A-line teramat mudah sampaikan kalau orang expert, boleh siapa 2 helai dalam masa 1 hari. Tapi kalau saya, tak mungkin la sebab letih juga kalau kerja menjahit saja 24 jam. hehe Point nak bagitau kat sini, betapa mudahnya nak jahit. 

Jadi, tutorialnya seperti berikut :

Ni dasar kain A-line. Letak atas kain dan potong mengikut bentuk. Kalau perhatikan betul2, satu dasar (belah atas) tu kertas tu rapat betul, tapi kalau dasar (belah bawah) tu kertas tu semua jarak 1 inci daripada kertas.
Ni yang dah di'crayon'kan.

 Rasanya saya belum buat lagi tutorial cara membuat dasar kain A-line. Tapi saya terus 'jump' untuk tutorial jahit kain A-line. kekekeke~~ Nantikan ya. Mudah saja.

cantumkan 2 kain yang saya bagitau kat atas yang dasarnya berada 1 inci daripada kertas. Nampak kain tu saya sengaja lipat? Sebab tu adalah tempat letak zip. Pastikan ukur panjang zip dan lebihkan sedikit.


Letak zip dan kemaskan guna jarum peniti dulu sebelum dijahit jelujur. Lepas tu baru jahit dengan mesin.
Ni close-up view. Saja nak bagi jelas.

Lepas dah siap jahit zip, baru cantumkan dengan kain satu lagi dua-dua bahagian.
 
Lipat macam ni dan jahit kat bahagian bawah kaki kain.
Tada.. Ni yang dah siap jahit. Jahit dua layer supaya nampak kemas dan kain tak berbulu. Ikut kesesuaian anda.

Ni untuk buat lapik pinggang. Jumlah (PANJANG X LEBAR )= (Panjang mesti ikut pinggang anda contoh 28 inci x Lebar tu adalah 0.5inchi +1.5inci+1.5inci+0.5inci). Inci yang saya tambah banyak-banyak ni supaya anda garis untuk tanda supaya nak jahit nanti.
 Saya terlupa pulak nak snap gambar lukisan yang dah lukis tu. Agak susah juga nak menerangkan guna ayat. Tapi tengok gambar bawah. Mungkin anda boleh dapat gambaran sikit.

Ni kat hujung pinggang. Jahit dulu getah tu. Bagi lebih banyak macam dalam gambar dan kemudian sebelahnya tak dak lebih. Tapi kena jahit juga atas getah tu sikit.

Lepas dah siap atas tu, jahit untuk tutup getah pinggang tu. Pastikan anda tidak menjahit atas getah tu. Lepas tu SIAP~~~~~

Itu saja setakat ni. Ada apa-apa tak faham, nantikan saya buat tutorial dalam bentuk video. Tapi tak janji bila akan siap. hehehe

Selamat Mencuba!!!!!!

Untuk sesiapa yang nak menjahit baju mini jubah, tutorialnya disini.

Jaane~~

No comments: