learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (36) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Wednesday, July 15, 2015

Recipe - Ayam Masak Madu


Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa.

 Kali ni jom belajar memasak Ayam Madu. Memang best. Cuma hati-hati lepas makan ni sebab madu banyak dan badan boleh jadi panassss~~~ Kalau search google, ada banyak jenis masakan. Tapi bagi saya, ni adalah resepi yang rasanya lebih kurang macam ayam madu yang ada kat kedai nasi Kandar. Untuk anda yang tak suka manis, mungkin la tak berapa minat masakan ni. haha



Telah siap dimasak dalam periuk macam biasa

Monday, July 13, 2015

Recipe - Dalca Kelantan

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Hari ni belajar memasak dalca versi kelantan+penang. Sedap lazat berkhasiat. Sebabnya dalca ni boleh masukkan banyak-banyak jenis sayur. Macam dalam gambar bawah ni. Sedap sangat kalau cicah dengan roti.

Dalca dalam periuk








 Kalau perasan la kan, banyak betul resepi masakan yang dikongsi kat blog ini. Anda boleh klik di link Recipe di tab atas sekali. Saya jenis suka mencuba makanan baru dan mudah nak buat rujukan lepas ni. Dulu-dulu rajin nak buat video kat setiap resepi, tapi rasa macam tak berapa rajin sebab lama sangat masa ambil untuk buat video.

Sunday, July 12, 2015

Resepi - Ayam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,

Hari ni jom belajar memasak ayam masak lemak cili padi. Memang sedap dan kawkaw punya. Alhamdulillah. Yang penting sekali, santan mesti mau fresh atau tidak berbau. Tapi untuk orang yang boleh tahan bau kunyit dan serai la. Sebab masakan ni keistimewaan kesedapannya bertanggung kepada aromanya yang melazatkan.
Tak sempat nak snap gambar yang dihidang elok-elok dalam pinggan. Ni dalam periuk. haha

Saturday, July 11, 2015

Recipe - Pizza (Video)

Assalamualaikum, ni hao, konnichiwa.

Sekarang jom belajar cara buat pizza. Mudah dan sedap!! Tak perlu lagi beli di pizza hut. hihihi~ Kalau ada ramai-ramai ahli rumah, memang lagi best buat ni.
Bersedia untuk dibakar sehingga cheese cair.

Thursday, July 09, 2015

Learn Nihon : Vocabulary (2/2)

~ wa doko desuka.
~はどこですか。
Where is ~?
Koko kara tooi desu ka.
ここから遠いですか。
Is it far from here? 
Massugu itte kudasai.
まっすぐ行ってください。
Please go straight.
Migi ni magatte kudasai.
右に曲がってください。
Please turn right.
 ....

Wednesday, July 08, 2015

Learn Nihon : Vocabulary (1/2)

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,
Below are some of vocabulary in Japanese. So please increase your vocab now so that it is easy to converse in Japan. hihi~

I copy this from somewhere. That's why it is unorganized and in table.

~ wa doko desuka.
~はどこですか。
Where is ~?
Koko kara tooi desu ka.
ここから遠いですか。
Is it far from here? 
Massugu itte kudasai.
まっすぐ行ってください。
Please go straight.
Migi ni magatte kudasai.
右に曲がってください。
Please turn right.

Tuesday, July 07, 2015

Tazkirah : Ujian Mukmin Sejati

Peringkat ujian dalam Islam untuk seorang mukmin ialah:

1. Ujian BERUSAHA MENCARI.
2. Ujian MEMAHAMINYA
3. Ujian KERANA TEKUN MELAKSANAKANNYA
4. KESABARAN MELALUI SUSAH PAYAH BERSETIA DENGANNYA
5. BERISTIQAMAH BERPEGANG DENGAN keasliannya dalam apa jua keadaan.

Kelima-lima tahap ujian yang getir ini sanggup dilalui oleh orang mukmin semata-mata kerana dia yakin bahawa di sana adanya pembalasan nikmat syurga ataupun azab neraka. Kedua-dua syurga dan neraka ini pun telah dipastikan kewujudannya justeru kedua-dua 'rumah nikmat dan azab ini' telah disaksi dan disahkan sendiri oleh Nabi SAW sewaktu diisrak dan dimikrajkan.

Bagi seorang mukmin yang sebenar, dia melihat anugerah Islam dalam kehidupan beragamanya sebagai kesempatan terbaik untuk melalui terowong hidup yang satu-satunya ini, yakni untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala melalui segala aktiviti hidup berasaskan ketaatan yang sepenuhnya kepada arahan Allah SWT. Agama baginya adalah jalan hidup dan sebuah sistem hidup. Ia sebuah millah.

Monday, July 06, 2015

Learn Hokkien

JOM BELAJAR BAHASA HOKKIEN

Salam luar biasa bagus dan anggun sekali!!
(diambil daripada kata-kata Dr HM Tuah Iskandar)
Sekarang kita akan belajar mengira nombor dan bertutur mengikut dialek hokkien pulak.. Hihi... Ok, Selamat mencuba!!

1. Mengira dalam Hokkien. Anda akan selalu dengar di penang.

DIALEK HOKKIEN MELAYU
jit satu
nor dua
sa tiga
xi empat
goh lima
lak enam
zhi tujuh
phaik lapan
kau sembilan
cap sepuluh

Sunday, July 05, 2015

Learn Korea : Annyonghaseyo (2/2)

SAMBUNGAN BELAJAR BAHASA KOREA


Ni belajar cakap dalam bentuk ayat pulak. Simple-simple sentence sahaja... Copy daripada surat kabar kalau tak silap. Lepas ni tak tau bila pulak boleh belajar. Banyak benda nak buat. Tapi masa tak cukup. hihi

KOREA MELAYU SEBUTAN
Annyong haseyo Helo / hai (tak rasmi) Ahn-n' yonhng hah-say-yoh
Annyong hashimnikka Helo / hai (rasmi)  Ahn-n' yonhng hah-sheem-nii-kah
"Ne annyonghaseyo" Hai kmbli (jwpn tak rasmi kpd ptnyaan helo) "Naay ahn-n'nyohng hah-say-yoh"
"Ye annyong hashimnikka" Hai kmbli (jwpn rasmi kpd ptnyaan helo) "Yay ahn-n' yohng hah-sheem-nii-kah"
Irum-i mwo shimnikka Siapa nama awak ? Ii-rume-ii mwah shiim-nii-kah
Na-nun Jo In Sung imnida Nama saya Jo In Sung Nah-nuun Jo In Sung iim-nii-dah
Kamsahamnida \ Komapsumnida Terima Kasih Kahm-sah-hahm-nii-dah \ Koh-mahp-sume-nii-dah
Choe song hamnida Maafkan saya Cho-eh soong hahm-nii-dah
Hangugma-reul chom hae-yo Saya tak faham bahasa Korea Hahn-guuk-mah--ruhl chome hay-yoh
Ahnyong-hi chumuseyo Selamat malam Ahn-yohng-hee chuu-muu-say-yoh
Anyong-hi kyeseyo Selamat tinggal (tdk akan jumpa lg) Ahn-n' yohng-he kuh-say-yoh
Anyong-hi kaseyo Selamat tinggal (akan jumpa lg) Ahn-yohng-he-kah-say-yoh

Saturday, July 04, 2015

Learn Korean : Annyonghaseyo (1/2)

JOM BELAJAR BAHASA KOREA



Sebenarnya, benda ni dah lama dibuat iaitu bertahun-tahun yang lalu. Jadi sekarang baru teringat nak menerbitkannya. Jadi rasanya ada yang salah sikit-sikit. Jadi kalau ada sesiapa yang tahu, bolehlah beritahu ya.. Kalau tak silap saya, benda ni ditulis mengikut bunyi yang didengar. Bukan mengikut ejaan sebenar. haha
Jadi, sesiapa yang berminat tentang Korea ni, bolehlah cuba untuk belajar perkataan Korea yang simple-simple ni dahulu. Ok, selamat mencuba!!...

Friday, July 03, 2015

Learn Thai : Sawat-dee kap

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa, Annyeong, Sawat-dee~~~~

Ini adalah post yang 'berdebu'. Maksudnya telah sekian lamanya berstatus 'draft' tapi lupa nak di 'publish'. haha Dulu-dulu berminat belajar bahasa Thailand sebab bahasa dia lembut. Walaupun tengah marah, bunyi lembut juga. kekeke~~ Jadi, ikimashouyo~

BELAJAR BAHASA THAILAND

Sekarang mari kita belajar bahasa thai, atau ore kelate kato, kecek sie.. hehe...
Ambil yang elok-elok je.. yang tak elok tinggalkan. sebab benda ni adalah dicopy and had been modified by me...
So ,happy learning.. (",)



Thursday, July 02, 2015

Tazkirah : Pelita Yang Terpadam

Nyawa kita diumpamakan api pelita yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam!!

Kematian adalah lumrah bagi makhluk yang hidup. Tidak ada kehidupan melainkan semuanya berakhir dengan kematian, dan tidak ada kematian melainkan ianya bermula dengan kehidupan. Firman Allah:

    "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati."    (ali-Imran:185)

Pun begitu, hakikat kematian yang difahami manusia adalah 'meninggalkan dunia' yang serba fana. Menunjukkan, selepas kematian yang dimaksudkan dengan meninggalkan dunia, pasti manusia akan dihidupkan balik bagi menyelesaikan segala pembalasan baikk atau buruk yang telah dilakukan oleh manusia.

Wednesday, July 01, 2015

Tazkirah : Hidup vs Mati

Assalamualaikum, Ni hao, Konnichiwa,
Ni hao ma? Setelah sekian lama tak dibasahi hati kita dengan tazkirah, apa kata hayati tazkirah pendek di bawah. Semoga bermanfaat. Teks dibawah ni di 'copypaste' daripada buku. Tapi dah tak ingat tajuk buku.

Hidup dan mati adalah jenis beregu. Ia dicipta berpasangan sebagai ujian bagi mencari siapa yang lebih baik amalannya. Mengingatinya akan menyemai kesungguhan dan meningkatkan daya juang. Ia menyuntik daya jihad, kesungguhan berkorban dan istiqamah demi menuntut  keredhaan Allah untuk lebih berbekal bagi kebahagiaan sesudah mati.

Kesedaran mengenai mati dan hidup ini turut jelas terpancar melalui lafaz dan pengertian doa sewaktu seorang mukmin itu mahu tidur. Berdasarkan terjemahan berikut:

    " Dengan namaMu Ya Allah Ya Tuhanku. Izinkan diriku untuk tidur. Esok, aku nak angkat tubuhku. Kalau Kau pegang dan tahan rohku pada malam ini, maka matilah aku. Kasihanilah daku. Kalau Kau lepaskan, tolong jaga rohku pada pagi esok sebagaimana Kau jaga roh orang-orang soleh yang lain."

Demikian cermatnya Islam. Dengan segala kasihan belas, Allah SWT mengatur hidup kita dengan doa yang mengikat diri setiap hamba-Nya antara mati dengan hidup dan hidup dengan mati. Semuanya bersatu dalam jalinan kesedaran tauhid yang menyerah, mengesakan Allah dalam segenap kesempatan masa dan ketika di sepanjang-panjang waktu.